Situasi Terkini Covid-19, 29 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 29 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 29 Mac 2020

Pada 29 Mac 2020, terdapat sebanyak 68 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 388 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 150 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2470 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 52 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 7 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum. Tambahan lagi, orang ramai juga digalakan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory untuk tindakan lanjut dan orang ramai juga boleh mengikut sesi Webinar yang diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan ini http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 28 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 28 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 28 Mac 2020

Pada 28 Mac 2020, terdapat sebanyak 61 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 320 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Situasi Terkini Covid'19-28 Mac 2020

Manakala, terdapat sebanyak 159 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2320 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 1 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 27 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum. Tambahan lagi, orang ramai juga digalakan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory untuk tindakan lanjut dan orang ramai juga boleh mengikut sesi Webinar yang diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan ini http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Situasi terkini Covid'19-28 Mac 2020

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid’19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Permohonan Rayuan SBP 2022

Permohonan rayuan SBP 2022 boleh mula dibuat pada tarikh sama semakan keputusan permohonan SBP dikeluarkan dengan menggunakan kaedah permohonan atas talian/online menerusi laman e-Rayuan. Panduan permohonan rayuan disediakan pada halaman ini bagi rujukan calon dan ibubapa/penjaga.

Panduan Permohonan Rayuan SBP 2022

Permohonan rayuan SBP ini terbuka kepada calon yang telah membuat permohonan SBP 2022 secara atas talian/online namun tidak berjaya dalam permohonannya dan juga terbuka kepada calon yang tidak pernah membuat permohonan SBP 2022 di dalam talian/online tetapi ingin memohon. Langkah permohonan rayuan adalah seperti berikut.

A. Calon yang telah membuat permohonan SBP kali pertama tetapi Tidak Berjaya

  1. Masuk ke laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4.
  2. Klik semakan tawaran.
  3. Masukkan angka giliran UPSR atau PT3.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dalam ruangan catatan. Maklumat yang diperlukan ialah:
    A. Maklumat Diri,
    B. Maklumat Kepimpinan/Kokurikulum,
    C. Maklumat Ibubapa/Penjaga,
    D. Alamat Surat Menyurat
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

A. Calon yang terlepas permohonan SBP kali pertama tetapi Ingin Memohon

  1. Masuk ke laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4.
  2. Klik semakan tawaran.
  3. Masukkan angka giliran UPSR atau PT3.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti alamat surat menyurat dalam ruangan catatan.
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

Keputusan permohonan rayuan SBP 2021 boleh mula disemak pada 24 Januari 2022 jam 3.00 petang bagi calon SBP Tingkatan 1 ataupun pada 7 Februari 2022 jam 3.00 petang bagi calon SBP Tingkatan 4. Calon rayuan Matrikulasi boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4 . Keputusan permohonan rayuan ini adalah bergantung pada kekosongan tempat di SBP.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan rayuan ke SBP, pelajar adalah dinasihati untuk melayari laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diaplikasi e-perkhidmatan berkala melalui pautan https://www.moe.gov.my/.

Permohonan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Permohonan rayuan kemasukan Matrikulasi 2020/2021 boleh mula dibuat pada 13 Mei 2020 sehingga 19 Mei 2020 secara atas talian/online melalui portal Rasmi Bahagian Matrikulasi KPM atau dengan cara menghantar surat rayuan rasmi ke Bahagian Matrikulasi KPM. Permohonan ini hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat di Matrikulasi sesi 1 bagi tahun 2020/2021 sahaja. Halaman ini menyediakan panduan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan rayuan ke Matrikulasi sesi 2020/2021.

Panduan Permohonan Rayuan Kemasukan Matrikulasi

Untuk makluman calon, permohonan rayuan kemasukan Matrikulasi boleh dibuat dengan 2 cara seperti berikut:

A. Permohonan Rayuan Atas Talian/Online

Permohonan rayuan secara atas talian/online adalah menerusi portal Rasmi Bahagian Matrikulasi KPM.

B. Permohonan Rayuan Melalui Surat

Permohonan rayuan melalui surat adalah dengan menghantar surat rayuan rasmi bersama beberapa dokumen yang diperlukan ke Bahagian Matrikulasi KPM. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Calon
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau Penjaga
  3. Salinan Keputusan SPM
  4. Salinan Sijil Aktiviti Kokurikulum

Untuk makluman, surat rayuan rasmi calon mestilah mengandungi maklumat seperti tujuan permohonan rayuan, alamat, nombor telefon dan e-mail calon. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumuman permohonan rayuan kepada calon. Surat rayuan rasmi bersama dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke alamat:

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon: 03-8884 4083
Fax: 03-8884 4028
E-mail: info.matrikulasi@moe.gov.my

Keputusan permohonan rayuan Matrikulasi 2020/2021 boleh mula disemak pada 16 Jun 2020 di mana calon boleh menyemak keputusan dengan melayari portal Rasmi Bahagian Matrikulasi KPM, atau menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui panggilan telefon ke Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Sebarang maklumat penting tentang permohonan rayuan ke Program Matrikulasi 2020/2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disaran mendapatkan maklumat di Bahagian Kemasukan Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083/4040/4036 (Waktu Pejabat).

Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2022

Permohonan kemasukan Taska Permata KEMAS 2022 boleh dilakukan pada sekitar bulan Jun hingga Oktober 2021. Permohonan kemasukan ini boleh dibuat secara terus di Taska Permata KEMAS. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan ke Taska Permata KEMAS sesi 2022 bagi rujukan ibubapa dan penjaga.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Sebelum membuat permohonan, ibubapa dan penjaga murid disarankan menyemak syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh pihak KEMAS. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan kemasukan ke Taska Permata KEMAS.

  1. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  4. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar terus ke Taska Permata KEMAS.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Taska akan mengeluarkan surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang terlibat selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2021.

Panduan Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2022

Panduan permohonan kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Muat Turun Borang Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2022 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di mana-mana Taska Permata KEMAS yang berhampiran.
  2. Penuhkan Borang Permohonan Kemasukan yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid serta semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid)
  4. Hantar Borang Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS beserta dokumen yang diperlukan ke Taska Permata KEMAS yang berhampiran selewat-lewatnya pada sekitar Oktober 2021.

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengemukan permohonan ialah:

  1. Salinan MYKID Kanak-kanak.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  4. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  5. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2021

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Permohonan kemasukan Tabika KEMAS 2022 boleh mula dibuat pada sekitar bulan Jun hingga Oktober 2021. Permohonan kemasukan ini hanya boleh dilakukan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS sesi 2022 bagi rujukan ibubapa dan penjaga.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Ibubapa dan penjaga perlu membuat semakan syarat kelayakan kemasukan sebelum mendaftar permohonan. Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan ke Tabika KEMAS ambilan 2022.

  1. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah berumur 4 hingga 6 tahun. Walau bagaimanapun, keutamaan adalah bagi kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang.
  4. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS beserta dokumen yang diperlukan.
  5. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang terlibat selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2020.

Panduan Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Ibubapa dan penjaga boleh mengemukakan permohonan kemasukan dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut:

  1. Dapatkan Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.
  2. Isi Borang Permohonan Kemasukan yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan ibubapa dan penjaga mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid)
  4. Hantar Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS beserta dokumen yang diperlukan ke Tabika KEMAS yang berhampiran selewat-lewatnya pada sekitar Oktober 2021.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa mengemukakan permohonan.

  1. Salinan MYKID Kanak-kanak.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  4. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  5. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  6. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

Permohonan Pengesahan Keputusan SPM/PMR

Permohonan pengesahan keputusan SPM/PMR perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman, permohonan pengesahan boleh dibuat melalui Kaunter Urusan Perkhidmatan LP atau melalui kiriman pos. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting panduan permohonan pengesahan keputusan SPM/PMR bagi rujukan pemohon.

Panduan Permohonan Pengesahan Keputusan SPM/PMR

Berikut dikongsikan panduan permohonan pengesahan keputusan:

A. Walk-in ke LP

Pemohon perlu menyediakan lampiran dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan di Kaunter Urusan Perkhidmatan LP bagi rujukan pegawai yang bertugas. Lampiran dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Surat secara bertulis kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Salinan Sijil/Salinan Keputusan SPM/Salinan Keputusan PMR yang disahkan
  3. Wang tunai berjumlah RM50.00 dari orang perseorangan, agensi kerajaan dan swasta atau mana-mana pihak lain dikenakan untuk bayaran proses secara tunai di kaunter

B. Perkhidmatan Kiriman Pos

Pemohon juga boleh menggunakan perkhidmatan kiriman pos untuk memohon terjemahan keputusan SPM/PMR di mana calon perlu menghantar dokumen yang lengkap ke alamat berikut:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 11, BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: SEKTOR PEMBANGUNAN DASAR
DAN PERKEMBANGAN)

Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Surat secara bertulis kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Salinan Sijil/Salinan Keputusan SPM/Salinan Keputusan PMR yang disahkan
  3. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM50.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak diterima. Kiriman Wang / Wang Pos ini dikenakan kepada orang perseorangan, agensi kerajaan dan swasta atau mana-mana pihak lain untuk bayaran proses
  4. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran pengesahan keputusan

Permohonan pengesahan keputusan SPM/PMR akan dijawab melalui surat rasmi kepada pemohon. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan pengesahan keputusan pepriksaan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

Permohonan Terjemahan Keputusan PMR

Permohonan terjemahan keputusan PMR boleh dibuat di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia secara walk-in atau dengan menggunakan khidmat kiriman pos. Lembaga Peperiksaan (LP) hanya menyediakan khidmat terjemahan keputusan ke dalam Bahasa Inggeris sahaja. Calon dinasihati untuk merujuk panduan permohonan terjemahan keputusan PMR di halaman ini terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Panduan Permohonan Terjemahan Keputusan PMR

Untuk maklmuman pemohon, mulai 16 Oktober 2018, perkhidmatan terjemahan keputusan ini dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 sesalinan. Maklumat dan panduan lanjut adalah seperti di bawah.

A. Walk-in ke LP

Pemohon atau Wakil (terdiri daripada Ibu bapa/suami/isteri/adik beradik yang dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil) perlu mengemukakan dokumen seperti dinyatakan di bawah sebagai rujukan pegawai yang bertugas semasa melakukan permohonan. Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan terjemahan adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Sijil/Pernyataan keputusan PMR yang asal atau
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan PMR yang disahkan
  5. Wang tunai berjumlah RM30.00

Manakala jika pemohon telah melantik wakil secara bertulis untuk hadir membuat permohonan, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Sijil/Pernyataan keputusan PMR yang asal atau
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan PMR yang disahkan
  5. Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c
  6. Wang tunai berjumlah RM30.00

Pemohon atau wakil perlu mengemukakan semua dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan terjemahan ke alamat berikut:

Kaunter Perkhidmatan Sijil LP di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya.

Tempoh pengeluaran terjemahan keputusan PMR di kaunter LP adalah selama tujuh (7) hari bekerja.

B. Kiriman Pos

Pemohon yang menggunakan perkhidmatan kiriman pos untuk permohonan terjemahan perlu menghantar beberapa dokumen seperti:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM30.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan PMR yang disahkan
  5. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan keputusan PMR

ke alamat berikut:

PENGARAH PEPERIKSAAN,
LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88843526 / 3528

Untuk makluman, semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan terjemahan keputusan PMR adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

Permohonan Terjemahan Keputusan SPM

Permohonan terjemahan keputusan SPM ke dalam Bahasa Inggeris boleh dilakukan dengan secara terus di Lembaga Peperiksaan (LP) atau melalui khidmat kiriman pos. Untuk makluman semua, keputusan SPM hanya boleh diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sahaja. Berikut dikongsikan panduan permohonan terjemahan keputusan SPM bagi rujukan pemohon.

Panduan Permohonan Terjemahan Keputusan SPM

Terdapat dua cara permohonan yang dikongsikan pada ruangan ini iaitu secara Walk-in dan secara kiriman pos.

A. Walk-in ke LP

Pemohon atau Wakil (terdiri daripada Ibu bapa/suami/isteri/adik beradik yang dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil) perlu mengemukakan semua dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan bagi rujukan pegawai LP yang bertugas. Dokumen yang berikut adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Sijil/Pernyataan keputusan SPM yang asal atau
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan SPM yang disahkan
  5. Wang tunai berjumlah RM30.00

Sekiranya wakil pemohon yang hadir, dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Sijil/Pernyataan keputusan SPM yang asal atau
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan SPM yang disahkan
  5. Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c
  6. Wang tunai berjumlah RM30.00

Pemohon atau wakil pemohon perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan di Kaunter Perkhidmatan Sijil LP di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya. Tempoh pengeluaran terjemahan keputusan SPM di kaunter LP adalah seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 2000 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1999 – tujuh (7) hari bekerja
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi semua tahun – tujuh (7) hari bekerja

B. Kiriman Pos

Permohonan terjemahan keputusan SPM boleh juga dilakukan dengan menggunakan khidmat kiriman pos di mana calon perlu menghantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

PENGARAH PEPERIKSAAN,
LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88843526 / 3528

Senarai dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96b yang lengkap diisi
  2. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM30.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  4. Salinan Sijil/Pernyataan Keputusan SPM yang disahkan
  5. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan keputusan SPM

Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan terjemahan keputusan SPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

Permohonan Salinan Keputusan PMR

Permohonan salinan keputusan PMR boleh dibuat secara terus di Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk makluman, permohonan ini hanya terbuka kepada calon PMR yang kehilangan atau mengalami kerosakan sijil PMR mereka yang asal. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan salinan keputusan PMR bagi rujukan pemohon.

Panduan Permohonan Salinan Keputusan PMR

Berikut dikongsikan dua cara mudah untuk memohon salinan keputusan PMR calon.

A. Walk-in ke LP

Pemohon atau Wakil (terdiri daripada Ibu bapa/suami/isteri/adik beradik yang dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil) boleh membuat permohonan secara terus di kaunter sijil LP yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dan membawa dokumen seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Salinan keputusan PMR jika ada
  4. Wang tunai berjumlah RM30.00

Manakala, bagi wakil pemohon, dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Salinan keputusan PMR pemohon yang disahkan jika ada
  4. Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c
  5. Wang tunai berjumlah RM30.00

Untuk makluman semua, tempoh pengeluaran salinan keputusan PMR di kaunter LP adalah seperti berikut:

  1. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  2. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja

B. Kiriman Pos

Pemohon juga boleh menggunakan kiriman pos untuk memohon salinan keputusan PMR. Berikut dikongsikan senarai dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan.

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM30.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  4. Salinan keputusan PMR pemohon yang disahkan jika ada
  5. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan keputusan PMR

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan ke alamat:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Permohonan melalui pos ini akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Untuk makluman semua, LP tidak mengeluarkan salinan laporan untuk UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan salinan keputusan PMR, calon disarankan menghubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.