Situasi terkini Covid-19, 29 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 29 Mac 2020
Pada 29 Mac 2020, terdapat sebanyak 68 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 388 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.
Manakala, terdapat sebanyak 150 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2470 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 52 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan, terdapat 7 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes.
Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM
Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum. Tambahan lagi, orang ramai juga digalakan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory untuk tindakan lanjut dan orang ramai juga boleh mengikut sesi Webinar yang diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan ini http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus.
Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.