Permohonan rayuan SBP 2022 boleh mula dibuat pada tarikh sama semakan keputusan permohonan SBP dikeluarkan dengan menggunakan kaedah permohonan atas talian/online menerusi laman e-Rayuan. Panduan permohonan rayuan disediakan pada halaman ini bagi rujukan calon dan ibubapa/penjaga.
Panduan Permohonan Rayuan SBP 2022
Permohonan rayuan SBP ini terbuka kepada calon yang telah membuat permohonan SBP 2022 secara atas talian/online namun tidak berjaya dalam permohonannya dan juga terbuka kepada calon yang tidak pernah membuat permohonan SBP 2022 di dalam talian/online tetapi ingin memohon. Langkah permohonan rayuan adalah seperti berikut.
A. Calon yang telah membuat permohonan SBP kali pertama tetapi Tidak Berjaya
- Masuk ke laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4.
- Klik semakan tawaran.
- Masukkan angka giliran UPSR atau PT3.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dalam ruangan catatan. Maklumat yang diperlukan ialah:
A. Maklumat Diri,
B. Maklumat Kepimpinan/Kokurikulum,
C. Maklumat Ibubapa/Penjaga,
D. Alamat Surat Menyurat - Klik pada e-rayuan.
- Hantar.
A. Calon yang terlepas permohonan SBP kali pertama tetapi Ingin Memohon
- Masuk ke laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4.
- Klik semakan tawaran.
- Masukkan angka giliran UPSR atau PT3.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti alamat surat menyurat dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan.
- Hantar.
Keputusan permohonan rayuan SBP 2021 boleh mula disemak pada 24 Januari 2022 jam 3.00 petang bagi calon SBP Tingkatan 1 ataupun pada 7 Februari 2022 jam 3.00 petang bagi calon SBP Tingkatan 4. Calon rayuan Matrikulasi boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang https://sst1.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 1 atau https://sst4.moe.gov.my bagi permohonan rayuan ke SBP Tingkatan 4 . Keputusan permohonan rayuan ini adalah bergantung pada kekosongan tempat di SBP.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan rayuan ke SBP, pelajar adalah dinasihati untuk melayari laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diaplikasi e-perkhidmatan berkala melalui pautan https://www.moe.gov.my/.