Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Permohonan kemasukan Tabika KEMAS 2022 boleh mula dibuat pada sekitar bulan Jun hingga Oktober 2021. Permohonan kemasukan ini hanya boleh dilakukan secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS sesi 2022 bagi rujukan ibubapa dan penjaga.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Ibubapa dan penjaga perlu membuat semakan syarat kelayakan kemasukan sebelum mendaftar permohonan. Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan ke Tabika KEMAS ambilan 2022.

  1. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah berumur 4 hingga 6 tahun. Walau bagaimanapun, keutamaan adalah bagi kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang.
  4. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS beserta dokumen yang diperlukan.
  5. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang terlibat selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2020.

Panduan Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Ibubapa dan penjaga boleh mengemukakan permohonan kemasukan dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut:

  1. Dapatkan Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.
  2. Isi Borang Permohonan Kemasukan yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan ibubapa dan penjaga mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid)
  4. Hantar Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS beserta dokumen yang diperlukan ke Tabika KEMAS yang berhampiran selewat-lewatnya pada sekitar Oktober 2021.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa mengemukakan permohonan.

  1. Salinan MYKID Kanak-kanak.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  4. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  5. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  6. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.