Kegunaan Ivermectin – Bukan Untuk Merawat COVID-19

kegunaan-ivermectin

Baru-baru ini, ubat Ivermectin menjadi perbualan orang ramai bahawa ianya berkesan untuk merawat COVID-19. Untuk makluman, kegunaan Ivermectin adalah bukan untuk merawat COVID-19.

Kegunaan Ivermectin

Ivermectin ialah sejenis ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk merawat haiwan dan beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Kegunanaan Ivermectin Tablets Sebagai Rawatan COVID-19

Sehingga kini, belum ada bukti dan data klinikal, yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19.

WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.

KKM telah memberikan kelulusan khas penggunaan Ivermectin secara off-label untuk digunakan dalam kajian klinikal bagi rawatan pesakit COVID-19 untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut. Penggunaan secara off-label bermaksud penggunaan sesuatu ubat tidak mengikut indikasi atau tujuan asal pendaftaran dengan mana-mana badan atau agensi regulatori, sama ada di Malaysia atau luar negara.

Kesan Samping Pengambilan Ivermectin

Jika Ivermectin ini diambil oleh manusia, mereka akan mengalami kesan sampingan seperti pening, alahan, muntah, sawan, koma atau menyebabkan kematian.

Ada kes yang dilaporkan, pesakit COVID-19 yang tidak mahu menerima rawatan yang disediakn oleh pihak KKM, sebaliknya merawat menggunakan inisiatif sendiri iaitu dengan mengambil Ivermectin, akhirnya berakhir dengan koma dan kematian.

Baca: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Oleh itu, orang ramai dinasihati untuk tidak mengambil inisiatif sendiri, dengan mengambil Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19. Sebaliknya, mereka sepatutnya mendapatkan rawatan yang disyorkan atau disediakan oleh KKM sahaja.



Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: