Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB Semasa PKP

Kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan prorata yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi rujukan pengguna.

Blok dan Kadar Tarif Elektrik

Kaedah pengiraan adalah berdasarkan prorata blok dengan faktor = 3.00000 bagi setiap blok. Berikut adalah prorata blok dan kadar tarif bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB

Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik semasa PKP adalah seperti berikut:

Blok Tarif Peringkat Pertama

600 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 600 unit (kWj) dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 130.80. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 600 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 600 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 100.20. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 = RM 231.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 900 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 464.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 1800 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 = RM 695.40.

Blok Tarif Peringkat Keempat

Penggunaan elektrik melebihi dari 1,800 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 491.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 491.40 = RM 1,186.80.

Blok Tarif Peringkat Kelima

Penggunaan elektrik melebihi dari 2,700 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tiada had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil, sila rujuk contoh bil dibawah.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Penggunaan elektrik sebanyak 1,800 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 1,800 unit (kWj) dikira dalam peringkat keempat. Jumlah kadar 400 unit (kWh) terakhir ini adalah RM 218.40. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 2,200 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 218.40 = RM 913.80

Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 1,800 unit (kWj) semasa PKP. Berikut dikongsikan cara pengiraan cukai jualan & perkhidmatan (SST) untuk penggunaan elektrik melebihi 1,800 (kWj).

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 1,800 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x (RM 218.40 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi – Jumlah Anggaran Terdahulu) = RM13.10

Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWj dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x (Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 913.80 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi) = RM14.62

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB

Jumlah pembayaran bil elektrik TNB semasa PKP bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik – Jumlah Anggaran Terdahulu + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM 913.80 + (Jumlah Anggaran Terdahulu tertakluk kepada bil pengguna) + RM13.10 + RM14.62 = RM941.52

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan lagi empat minggu bermula 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020. Pengumuman rasmi ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad jam 2.00 petang.

Untuk makluman semua, PKPB telah dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dan sepatutnya berakhir pada 12 Mei ini yang mana PKPB ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan berdasarkan situasi terkini Covid-19.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKPB ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu utama dalam penularan Covid-19. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Pengumuman rasmi ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat jam 4.00 petang.

Untuk makluman semua, PKP telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 14 April ini yang mana PKP ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan berdasarkan situasi terkini Covid-19.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu utama dalam penularan Covid-19. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan

Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira kurang dari 72 jam ini, di mana kerajaan dijangka akan membuat pengumuman pada hari Jumaat ini.

Untuk makluman semua, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 14 April ini yang mana PKP ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengumuman keputusan PKP ini amat mendebarkan rakyat yang mana jika diteliti, rakyat mengharapkan PKP ini tidak akan dilanjutkan dan mereka ingin kembali kepada kehidupan normal. Walaubagaimanapun, kerajaan pasti akan membuat keputusan yang tepat dan terbaik berdasarkan situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, yang mana kes sporadik ini adalah kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya.

Tambahan lagi, sehingga 8 Mac 2020 jam 12.00 tengahari, sebanyak 156 kes baru telah direkodkan dan sebanyak 2 kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif 4,119 kes membabitkan keseluruhan 65 kematian.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu kepada keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat.

Cara Mendapatkan 1GB Data Internet Percuma Sepanjang PKP

Percuma 1GB Internet Sepanjang PKP

Cara mendapatkan 1GB Data Internet percuma sepanjang PKP boleh dirujuk pada halaman ini. 1GB Data Internet percuma ini hanya boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Baki Data Internet percuma yang tidak digunakan akan terus dibuang dan tidak akan dibawa ke depan.

Maxis

1GB Data Internet percuma boleh ditebus oleh semua pengguna pascabayar dan prabayar Maxis kecuali pengguna MaxisONE. Penebusan ini perlu dibuat setiap hari menerusi aplikasi Maxis yang dikongsikan di bawah bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

  1. Maxis Postpaid
    Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  2. Maxis Biz Postpaid
    Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  3. Hotlink Flex Postpaid
    Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  4. Hotlink Prepaid
    Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’

Celcom

Bagi semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Xpax, mereka tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana mereka akan diberikan 1GB Data Internet percuma secara automatik di dalam akaun pada setiap hari.

Digi

Pengguna pascabayar Digi boleh menebus tawaran ini melalui aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala, bagi pengguna prabayar Digi pula, mereka boleh menebusnya menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#. Tebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB akan diberikan setiap hari secara automatik.

Umobile

Semua pengguna pascabayar dan prabayar Umobile juga hanya perlu membuat penebusan sekali sahaja dan 1GB Data Internet percuma akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Langkah penebusan adalah seperti berikut:

  1. Dail *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  2. Dail *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

TuneTalk

Pengguna TuneTalk pula boleh menebus tawaran Data Internet percuma ini dengan menghantar sms dengan cara menaip STAYHOME dan hantar ke talian 2222. Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya. Untuk makluman pengguna, tawaran ini akan diaktifkan secara automatik selepas pengguna melakukan penebusan menerusi mesej.
Nota: Semua pelanggan perlu memastikan akaun mereka berada dalam status aktif bagi menikmati penawaran percuma ini.

ONEXOX

Hanya pengguna ONEXOX prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile adalah layak menerima 1GB Data Internet percuma ini. Cara penebusannya adalah dengan menggunakan konsep “Tebus/Redeem” melalui USSD *150#. Pebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB Data Internet akan dikreditkan secara automatik sehingga tempoh PKP tamat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan 1GB Data Internet Percuma sepanjang PKP, pengguna disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telko masing-masing.

Internet Percuma Sepanjang PKP

Internet Percuma Sepanjang PKP

Internet percuma sepanjang PKP adalah salah satu Pakej Khas Telekomunikasi yang mana ia terdiri daripada pelbagai inisiatif yang berguna untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak Covid-19. Berikut dikongsikan senarai inisiatif-inisiatif Pakej Khas Telekomunikas yang ditawarkan kepada pelanggan.

1GB Internet Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi secara percuma sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sepanjang pelaksanaan PKP Fasa 2.

Panggilan Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan ditawarkan panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (NCPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

YTL Communications

YTL Communications menawarkan akses percuma untuk sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G. Ibu bapa boleh mendapatkan sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, satu untuk setiap anak yang masih belajar dalam keluarga masing-masing. Sila kunjungi www.ytlfoundation.org/learn untuk mendaftar FrogPlay Mobile dan memohon kad SIM prabayar YES 4G.

Telekom Malaysia Berhad (TM)

Pelanggan pascabayr unifi Mobile akan ditawarkan Pas hotspot LTE 999GB, panggilan suara domestik percuma oleh TIME dotCOM Berhad dan rebat bil sebanyak RM240 kepada pelanggan yang ingin menaik taraf data jalur lebar rumah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yakin insiatif-inisiatif yang ditawarkan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringgankan beban rakyat yang terkesan daripada penularan pandemik Covid-19. Selain itu, membolehkan kesalinghububgan berterusan supaya rakyat dapat melakukan tugasan harian mereka dengan efisien.

Sumber: SKMM

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej khas ini, pelanggan disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.