Situasi Terkini Covid-19, 8 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 8 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 8 April 2020

Pada 8 April 2020, terdapat sebanyak 166 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 1,487 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 156 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,119 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 76 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 45 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 2 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 65 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Sekiranya kita mengetahui ada ahli keluarga, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang kita kenali mengalami krisis emosi, bantulah mereka dengan :

1. Mengambil serius tentang masalah mereka;
2. Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
3. Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Bagi individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: