Saluran Pembayaran Bil Elektrik TNB

Saluran pembayaran bil elektrik TNB kini telah dipelbagaikan bagi memudahkan proses pembayaran bil elektrik pengguna. Halaman ini mengandungi senarai kaedah pembayaran yang sedia ada berserta maklumat tentangnya untuk panduan pengguna.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik TNB

Pembayaran boleh dilakukan dengan mana-mana jenis saluran pembayaran mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna.

1. myTNB Self Service Portal (SSP)

myTNB SSP ini digunakan bukan hanya untuk menyemak dan membayar bil elektrik, malah ia juga digunakan untuk membuat permohonan bekalan elektrik dan penukaran nama pada bil elektrik. Sebelum menggunakan portal ini, pengguna dikehendaki mendaftar diri sebagai pengguna myTNB SSP. Panduan pendaftaran dan cara pembayaran bil elektrik dikongsikan di sini.

2. Pusat Khidmat Pelanggan

Pusat khidmat pelanggan adalah saluran pembayaran bil elektrik yang menggunakan Kios Pembayaran TNB yang terletak di Kedai Tenaga terpilih. Berikut dikongsikan senarai Kedai Tenaga terpilih dengan Kiosk Bayaran TNB di sini.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 1

3. JomPAY

Pengguna juga boleh membayar bil elektrik mereka dengan menggunakan JomPAY. Langkah pembayaran dan senarai Bank yang terlibat boleh dirujuk di sini.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 2

4. One Stop Center

Pembayaran bil elektrik juga boleh dibuat di One Stop Centres seperti Post Office atau Telekom Malaysia.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 3

5. Auto Pay

Auto Pay adalah kaedah pembayaran bil elektrik yang akan mendebit kad kredit anda secara automatik setiap bulan, berdasarkan jumlah jumlah bil elektrik. Untuk membayar bil elektrik secara Auto Pay, pengguna mestilah mendaftar terlebih dahulu. Panduan pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Muat turun dan cetak Borang AutoPay.
  2. Lengkapkan borang AutoPay tersebut.
  3. Imbas/Scan borang AutoPay.
  4. E-mel borang AutoPay yang telah lengkap ke [email protected] atau Faks ke 03-7967 9331.

Pemprosesan pendaftaran akan dilakukan dalam tempoh 7 hari bekerja dan anda akan menerima notis pemberitahuan Berjaya apabila pendaftaran Auto Pay anda berjaya.

6. Direct Debit

Pembayaran bil secara Direct Debit TNB adalah kaedah pembayaran bil elektrik, yang akan mendebitkan akaun bank anda berdasarkan jumlah bil elektrik. Bank-bank yang terlibat adalah:

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 4

Untuk menggunakan pembayaran secara Direct Debit, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di mana-mana bank yang terlibat.

7. Automated Teller Machine (ATM)

Pengguna juga boleh membayar bil elektrik di ATM melalui bank yang terlibat.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 5

8. Mesin Deposit Tunai

Pengguna juga boleh menggunakan Mesin Deposit Tunai yang terpilih seperti berikut untuk membayar bil elektrik.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 6

9. Kaunter (Bank/Institusi Kewangan/Pihak Ketiga)

Pembayaran bil elektrik di kaunter bank/institusi kewangan/pihak ketiga juga diterima.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 7

10. Pembayaran melalui Websites/ Internet

Pengguna juga boleh membuat pembayaran bil elektrik di Internet melalui laman web TNB dari bank yang terlibat.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 8

11. Perbankan Telefon

Pembayaran melalui perbankan telefon juga diterima.

Saluran Pembayaran Bil Elektrik 9

12. Cek secara Pos

Pembayaran juga boleh dibuat melalui cek melalui pos mengikut syarat yang ditetapkan.

  1. Semua cek mesti dipalangkan dan dibayar kepada Tenaga Nasional Berhad.
  2. Pastikan tulis nombor akaun 12-digit TNB anda di belakang cek anda.
  3. Pembayaran hanya sah apabila cek diluluskan.
  4. Kami akan menghantar pemberitahuan melalui pos dalam tempoh tujuh ( 7) hari bekerja dari tarikh bayaran diterima.

Sila hantar pembayaran anda ke mana-mana pejabat kami di sini.

13. Kios PayQuick

Bil elektrik juga boleh dibayar di kios PayQuik yang terdapat di lokasi terpilih secara tunai. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati https://www.payquik.my.

Untuk maklumat lanjut tentang saluran pembayaran bil elektrik TNB anda disaran untuk merujuk portal rasmi pada pautan https://www.tnb.com.my/residential/payment-methods/.