Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan

Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira kurang dari 72 jam ini, di mana kerajaan dijangka akan membuat pengumuman pada hari Jumaat ini.

Untuk makluman semua, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 14 April ini yang mana PKP ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengumuman keputusan PKP ini amat mendebarkan rakyat yang mana jika diteliti, rakyat mengharapkan PKP ini tidak akan dilanjutkan dan mereka ingin kembali kepada kehidupan normal. Walaubagaimanapun, kerajaan pasti akan membuat keputusan yang tepat dan terbaik berdasarkan situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, yang mana kes sporadik ini adalah kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya.

Tambahan lagi, sehingga 8 Mac 2020 jam 12.00 tengahari, sebanyak 156 kes baru telah direkodkan dan sebanyak 2 kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif 4,119 kes membabitkan keseluruhan 65 kematian.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu kepada keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat.