Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu bermula 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Pengumuman rasmi ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat jam 4.00 petang.

Untuk makluman semua, PKP telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 14 April ini yang mana PKP ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan berdasarkan situasi terkini Covid-19.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu utama dalam penularan Covid-19. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.