Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB Semasa PKP

Kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan prorata yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi rujukan pengguna.

Blok dan Kadar Tarif Elektrik

Kaedah pengiraan adalah berdasarkan prorata blok dengan faktor = 3.00000 bagi setiap blok. Berikut adalah prorata blok dan kadar tarif bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB

Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik semasa PKP adalah seperti berikut:

Blok Tarif Peringkat Pertama

600 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 600 unit (kWj) dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 130.80. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 600 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 600 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 100.20. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 = RM 231.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 900 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 464.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 1800 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 = RM 695.40.

Blok Tarif Peringkat Keempat

Penggunaan elektrik melebihi dari 1,800 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 491.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 491.40 = RM 1,186.80.

Blok Tarif Peringkat Kelima

Penggunaan elektrik melebihi dari 2,700 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tiada had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil, sila rujuk contoh bil dibawah.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Penggunaan elektrik sebanyak 1,800 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 1,800 unit (kWj) dikira dalam peringkat keempat. Jumlah kadar 400 unit (kWh) terakhir ini adalah RM 218.40. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 2,200 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 218.40 = RM 913.80

Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 1,800 unit (kWj) semasa PKP. Berikut dikongsikan cara pengiraan cukai jualan & perkhidmatan (SST) untuk penggunaan elektrik melebihi 1,800 (kWj).

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 1,800 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x (RM 218.40 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi – Jumlah Anggaran Terdahulu) = RM13.10

Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWj dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x (Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 913.80 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi) = RM14.62

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB

Jumlah pembayaran bil elektrik TNB semasa PKP bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik – Jumlah Anggaran Terdahulu + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM 913.80 + (Jumlah Anggaran Terdahulu tertakluk kepada bil pengguna) + RM13.10 + RM14.62 = RM941.52

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel [email protected] atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: