Cara mendapatkan 1GB Data Internet percuma sepanjang PKP boleh dirujuk pada halaman ini. 1GB Data Internet percuma ini hanya boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Baki Data Internet percuma yang tidak digunakan akan terus dibuang dan tidak akan dibawa ke depan.
Maxis
1GB Data Internet percuma boleh ditebus oleh semua pengguna pascabayar dan prabayar Maxis kecuali pengguna MaxisONE. Penebusan ini perlu dibuat setiap hari menerusi aplikasi Maxis yang dikongsikan di bawah bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
- Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’
Celcom
Bagi semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Xpax, mereka tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana mereka akan diberikan 1GB Data Internet percuma secara automatik di dalam akaun pada setiap hari.
Digi
Pengguna pascabayar Digi boleh menebus tawaran ini melalui aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala, bagi pengguna prabayar Digi pula, mereka boleh menebusnya menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#. Tebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB akan diberikan setiap hari secara automatik.
Umobile
Semua pengguna pascabayar dan prabayar Umobile juga hanya perlu membuat penebusan sekali sahaja dan 1GB Data Internet percuma akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Langkah penebusan adalah seperti berikut:
- Dail *118*6*7# untuk pengguna prabayar
- Dail *118*7*6# untuk pengguna pascabayar
TuneTalk
Pengguna TuneTalk pula boleh menebus tawaran Data Internet percuma ini dengan menghantar sms dengan cara menaip STAYHOME dan hantar ke talian 2222. Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya. Untuk makluman pengguna, tawaran ini akan diaktifkan secara automatik selepas pengguna melakukan penebusan menerusi mesej.
Nota: Semua pelanggan perlu memastikan akaun mereka berada dalam status aktif bagi menikmati penawaran percuma ini.
ONEXOX
Hanya pengguna ONEXOX prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile adalah layak menerima 1GB Data Internet percuma ini. Cara penebusannya adalah dengan menggunakan konsep “Tebus/Redeem” melalui USSD *150#. Pebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB Data Internet akan dikreditkan secara automatik sehingga tempoh PKP tamat.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan 1GB Data Internet Percuma sepanjang PKP, pengguna disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telko masing-masing.