Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB Semasa PKP

Kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan prorata yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi rujukan pengguna.

Blok dan Kadar Tarif Elektrik

Kaedah pengiraan adalah berdasarkan prorata blok dengan faktor = 3.00000 bagi setiap blok. Berikut adalah prorata blok dan kadar tarif bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB

Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik semasa PKP adalah seperti berikut:

Blok Tarif Peringkat Pertama

600 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 600 unit (kWj) dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 130.80. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 600 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 600 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 100.20. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 = RM 231.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 900 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 464.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 1800 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 = RM 695.40.

Blok Tarif Peringkat Keempat

Penggunaan elektrik melebihi dari 1,800 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 491.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 491.40 = RM 1,186.80.

Blok Tarif Peringkat Kelima

Penggunaan elektrik melebihi dari 2,700 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tiada had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil, sila rujuk contoh bil dibawah.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Penggunaan elektrik sebanyak 1,800 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 1,800 unit (kWj) dikira dalam peringkat keempat. Jumlah kadar 400 unit (kWh) terakhir ini adalah RM 218.40. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 2,200 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 218.40 = RM 913.80

Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 1,800 unit (kWj) semasa PKP. Berikut dikongsikan cara pengiraan cukai jualan & perkhidmatan (SST) untuk penggunaan elektrik melebihi 1,800 (kWj).

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 1,800 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x (RM 218.40 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi – Jumlah Anggaran Terdahulu) = RM13.10

Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWj dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x (Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 913.80 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi) = RM14.62

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB

Jumlah pembayaran bil elektrik TNB semasa PKP bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik – Jumlah Anggaran Terdahulu + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM 913.80 + (Jumlah Anggaran Terdahulu tertakluk kepada bil pengguna) + RM13.10 + RM14.62 = RM941.52

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.

Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB

Kaedah pengiraan bil elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan blok dan kadar tarif yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB bagi rujukan pengguna.

Blok dan Kadar Tarif Elektrik

Pengiraan kadar tarif adalah berdasarkan 5 peringkat blok tarif. Berikut adalah blok tarif dan kadarnya bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB

Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah seperti berikut:

Blok Tarif Peringkat Pertama

200 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 200 unit (kWj) dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 43.60. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 200 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 200 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 100 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 33.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 = RM 77.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 300 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 154.80. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 600 unit (kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 = RM 231.80

Blok Tarif Peringkat Keempat

Penggunaan elektrik melebihi dari 600 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 163.80. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWh) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM 163.80 = RM 395.60

Blok Tarif Peringkat Kelima

Penggunaan elektrik melebihi dari 900 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tidak had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil bagi penggunaan melebihi 900 unit, sila rujuk contoh bil dibawah.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.

Penggunaan elektrik sebanyak 900 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 900 unit (kWj) dikira dalam peringkat terakhir. Jumlah kadar 500 unit (kWj) terakhir ini adalah RM 285.50. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 1400 unit (kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM163.80 + RM 285.50 = RM 681.10

Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 600 unit (kWj), iaitu lebih daripada RM 231.80 bermula pada 1 September 2018. Sekiranya jumlah penggunaan elektrik anda tidak melebihi 600 unit (kWj), anda tidak dikenakan cukai SST jika tempoh pembilan anda adalah 28 hari dan ke atas. Walau bagaimanapun, jika tempoh pengambilan adalah kurang dari 28 hari, cukai SST akan dikenakan terhadap keseluruhan unit penggunaan anda.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.

Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 600 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x ( RM163.80 + RM285.50) = RM26.96

Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWh dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.

Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 681.10 = RM10.90

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB

Jumlah pembayaran bil elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM681.10 + RM26.96 + RM10.90 = RM718.96

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.

myTNB Self Service Portal (SSP)

myTNB Self Service Portal (SSP)

myTNB Self Service Portal (SSP) telah diperkenalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 21 Julai 2016 yang mana ianya dicipta untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat serta melakukan pelbagai transaksi seperti semakan dan pembayaran bil elektrik, permohonan bekalan elektrik, dan penukaran nama pada bil elektrik secara atas talian/online.  Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran myTNB SSP bagi rujukan pengguna.

myTNB Self Service Portal (SSP)

myTNB SSP ini dicipta untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna TNB seperti:

  1. Mengakses maklumat bil elektrik.
  2. Menyemak dan membayar bil elektrik.
  3. Permohonan bekalan elektrik.
  4. Penukaran nama pada bil elektrik.

Pendaftaran myTNB SSP

Pendaftaran myTNB SSP boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut.

  1. Layari myTNB Self Service Portal (SSP) pada pautan https://www.mytnb.com.my/.
  2. Daftar sebagai pengguna dengan menekan butang Daftar Sekarang.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP)
  3. Tekan butang Daftar Sekarang.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 1
  4. Isi maklumat yang diperlukan iaitu nama, nombor kad pengenalan, e-mel dan kata laluan pengguna pada ruang yang disediakan dan kemudian tekan butang Pengesahan. Seterusnya, tekan butang Cipta Akaun. Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 2
  5. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan dan pautan pengaktifan dihantar melalui e-mel pengguna yang telah didaftar. Seterusnya, pengguna perlu mengaktifkan akaun dengan menekan pada pautan pengaktifan yang diberikan.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 3

Setelah pengguna berjaya mendaftar masuk, pengguna boleh mulai mengakses akaun bil elektrik mereka.

Semakan Bil Elektrik Melalui myTNB Self Service Portal (SSP)

  1. Log masuk akaun TNB pengguna pada myTNB SSP melalui pautan https://www.mytnb.com.my/.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih menu My Dashboard dan pilih akaun pengguna yang ingin disemak. Kemudian tekan butang Papar.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 4
  3. Bil elektrik akan dipaparkan dalam bentuk PDF.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 5

Pembayaran Bil Elektrik Melalui myTNB SSP

  1. Log masuk akaun TNB pengguna pada myTNB SSP melalui pautan https://www.mytnb.com.my/.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih menu My Dashboard dan pilih akaun pengguna yang ingin dibayar. Kemudian tekan butang Bayar Sekarang.Semakan Bil TNB Melalui myTNB Self Service Portal (SSP) 6
  3. Pilih jenis pembayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau menggunakan online banking (FPX).
  4. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.
  5. Masukkan kod MSOS dan tekan butang OK. Status pembayaran yang berjaya akan dipaparkan bersama resit pembayaran.

Untuk maklumat lanjut tentang semakan bil elektrik melalui myTNB SSP, anda disaran untuk merujuk portal rasmi pada pautan https://www.mytnb.com.my/.

Semakan Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

Semakan Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Semakan Bil Elektrik melalui aplikasi myTNB kini membuktikan pengguna boleh menyemak dan menguruskan pembayaran bil mereka di mana sahaja tanpa mengira waktu. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran aplikasi myTNB bagi tujuan semakan dan pembayaran bil TNB pengguna.

Manfaat Aplikasi myTNB

Aplikasi myTNB ini dicipta untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna TNB seperti:

  1. Menyemak dan membayar bil.
  2. Mempelajari penggunaan tenaga pengguna selama 6 bulan yang lalu.
  3. Menguruskan banyak akaun dalam satu masa.
  4. Menyimpan maklumat dan butiran kad kredit pengguna untuk urusan pembayaran dalam talian yang lebih pantas.

Pendaftaran Aplikasi myTNB

Pendaftaran aplikasi myTNB boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut.

  1. Muat turun aplikasi myTNB di Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iPhone.
  2. Daftar sebagai pengguna dengan menekan butang Daftar. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan iaitu nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mel dan kata laluan pengguna seterusnya tekan butang Daftar. Masukkan nombor PIN yang dihantar melalui SMS untuk tujuan pengesahan.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 1
  3. Akaun TNB pengguna akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan pengguna yang telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB. Namun jika akaun pengguna tidak dapat dipaparkan atau pengguna adalah penyewa rumah, anda boleh menambah akaun TNB secara manual seperti gambar di bawah atau dengan cara lain iaitu imbasan (scan) kod bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.
    * Panduan tambah akaun TNB bagi pemilik rumah:
    Semakan Bil TNB Melalui myTNB 2*Panduan tambah akaun TNB bagi akaun pemilik rumah yang tidak disenaraikan:Semakan Bil TNB Melalui myTNB 3*Panduan tambah akaun TNB bagi bukan pemilik rumah atau penyewa rumah:Semakan Bil TNB Melalui myTNB 4*Panduan tambah akaun TNB melalui cara imbasan (scan) kod bar:
  4. Semakan Bil TNB Melalui myTNB 5

Setelah pengguna berjaya mendaftar masuk dan menambah akaun (jika perlu), pengguna boleh mulai membuat semakan bil TNB semasa dan terdahulu dan juga rekod pembayaran bil TNB.

Semakan Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

  1. Log masuk akaun TNB pengguna.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih butang Semakan.
  3. Bil akan dipaparkan.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 8

Pembayaran Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

  1. Log masuk akaun TNB pengguna.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih bil dan tekan butang Bayar.
  3. Maklumat bayaran bil dipaprkan. Semak maklumat dan tekan butang Bayar.
  4. Pilih jenis pembayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau menggunakan online banking (FPX).
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 6
  6. Masukkan kod MSOS dan tekan butang OK. Status pembayaran yang berjaya akan dipaparkan bersama resit pembayaran.
  7. Semakan Bil TNB Melalui myTNB 7

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi myTNB, anda disaran untuk merujuk portal rasmi pada pautan https://www.mytnb.com.my/.