Semakan Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

Semakan Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Semakan Bil Elektrik melalui aplikasi myTNB kini membuktikan pengguna boleh menyemak dan menguruskan pembayaran bil mereka di mana sahaja tanpa mengira waktu. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran aplikasi myTNB bagi tujuan semakan dan pembayaran bil TNB pengguna.

Manfaat Aplikasi myTNB

Aplikasi myTNB ini dicipta untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna TNB seperti:

  1. Menyemak dan membayar bil.
  2. Mempelajari penggunaan tenaga pengguna selama 6 bulan yang lalu.
  3. Menguruskan banyak akaun dalam satu masa.
  4. Menyimpan maklumat dan butiran kad kredit pengguna untuk urusan pembayaran dalam talian yang lebih pantas.

Pendaftaran Aplikasi myTNB

Pendaftaran aplikasi myTNB boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut.

  1. Muat turun aplikasi myTNB di Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iPhone.
  2. Daftar sebagai pengguna dengan menekan butang Daftar. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan iaitu nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mel dan kata laluan pengguna seterusnya tekan butang Daftar. Masukkan nombor PIN yang dihantar melalui SMS untuk tujuan pengesahan.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 1
  3. Akaun TNB pengguna akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan pengguna yang telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB. Namun jika akaun pengguna tidak dapat dipaparkan atau pengguna adalah penyewa rumah, anda boleh menambah akaun TNB secara manual seperti gambar di bawah atau dengan cara lain iaitu imbasan (scan) kod bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.
    * Panduan tambah akaun TNB bagi pemilik rumah:
    Semakan Bil TNB Melalui myTNB 2*Panduan tambah akaun TNB bagi akaun pemilik rumah yang tidak disenaraikan:Semakan Bil TNB Melalui myTNB 3*Panduan tambah akaun TNB bagi bukan pemilik rumah atau penyewa rumah:Semakan Bil TNB Melalui myTNB 4*Panduan tambah akaun TNB melalui cara imbasan (scan) kod bar:
  4. Semakan Bil TNB Melalui myTNB 5

Setelah pengguna berjaya mendaftar masuk dan menambah akaun (jika perlu), pengguna boleh mulai membuat semakan bil TNB semasa dan terdahulu dan juga rekod pembayaran bil TNB.

Semakan Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

  1. Log masuk akaun TNB pengguna.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih butang Semakan.
  3. Bil akan dipaparkan.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 8

Pembayaran Bil Elektrik Melalui Aplikasi myTNB

  1. Log masuk akaun TNB pengguna.
  2. Setelah berjaya log masuk, pilih bil dan tekan butang Bayar.
  3. Maklumat bayaran bil dipaprkan. Semak maklumat dan tekan butang Bayar.
  4. Pilih jenis pembayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau menggunakan online banking (FPX).
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.Semakan Bil TNB Melalui myTNB 6
  6. Masukkan kod MSOS dan tekan butang OK. Status pembayaran yang berjaya akan dipaparkan bersama resit pembayaran.
  7. Semakan Bil TNB Melalui myTNB 7

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi myTNB, anda disaran untuk merujuk portal rasmi pada pautan https://www.mytnb.com.my/.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: