Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) menawarkan bantuan kewangan belajar bagi pelajar warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik. Untuk makluman anda, pihak YTN menjemput semua pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini bagi melanjutkan pengajian mereka di Universiti Awam (IPTA) atau di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting permohonan bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

A. Syarat Am Permohonan

Syarat-syarat kelayakan am permohonan YTN adalah:

  1. Mesti tidak berusia lebih dari 23 tahun semasa tahun permohonan.
  2. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Memiliki sifat keperibadian dan kepimpinan.
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa daripada YTN.
  5. Telah mendapat kemasukan ke semester pertama di institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA).

B. Bidang Pengajian Yang Layak

Bidang penganjian yang layak untuk memohon biasiswa YTN adalah Ijazah Sarjana Muda dalam mata pelajaran berikut:

  • Kejuruteraan Kuasa Elektrik.
  • Kejuruteraan Mekanikal.
  • Kejuruteraan Awam.
  • Perakaunan.

C. Keperluan Akademik & Kelayakan

Pelajar yang berminat hendaklah memenuhi keperluan akademik dan kelayakan yang ditetapkan seperti:

  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau,
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi Pass dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50.

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Permohonan biasiswa YTN boleh dibuat secara atas talian/online di laman web rasmi permohonan melalui pautan http://ytn.tnb.com.my/sam. Untuk makluman anda, laman web ini hanya tersedia apabila permohonan biasiswa YTN telah dibuka. Setelah membuat permohonan, pelajar dikehendaki menghantar salinan dokumen sokongan kepada Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang beralamat:

Pengarah Yayasan Tenaga Nasional,

Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi,

43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Pemohon dinasihati supaya mengemukakan permohonan dan menyerahkan salinan dokumen sokongan yang diperlukan sebelum tarikh tutup permohonan YTN.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 1

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Biasiwa Yayasan Tenaga Nasional (YTN), anda disaran untuk merujuk portal rasmi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) pada pautan ini ytn.tnb.com.my atau menghubungi talian di 03-8924 7500 atau menghantar e-mail ke alamat [email protected].