Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti yang disediakan di halaman ini.

Syarat-syarat Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah atas nama ahli sahaja.
  3. Ahli mestilah berumur 55 tahun kebawah.
  4. E-mail yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Panduan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

Panduan pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail adalah seperti berikut:

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP. Borang ini hanya boleh dibuka melalui perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini dan hendaklah dilengkapkan dengan menaip serta disimpan dengan format yang ditetapkan.
  2. Sediakan semua dokumen sokongan mengikut format yang ditetapkan. Senarai dokumen sokongan boleh dirujuk di bawah.
  3. Hantar semua dokumen di (1) dan (2) melalui e-mail ke alamat berikut: iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan nama subjek e-mel: Pendaftaran i-Akaun Ahli <nama ahli>. Pastikan Borang dan semua dokumensokongan adalah tidak melebihi 2MB dengan hanya menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF.

Senarai Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan semasa mengemukakan urusan pendaftaran adalah:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip. Pastikan borang ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Borang_<nama ahli>.
  2. Salinan MyKad ahli bahagian depan dan belakang. Pastikan salinan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_MyKad_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” disalinan tersebut.
  3. Gambar swafoto ahli bersama MyKad. Pastikan gambar ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Swafoto_<nama ahli> dan paparan maklumat ahli PERLU jelas.
  4. Bukti pemilikan nombor telefon ahli seperti Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon/Resit Bayaran Deposit. Pastikan bukti pemilikan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Telefon_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.
  5. Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik ahli. Pastikan salinan disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Bank_ <nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.

Status kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pihak KWSP dan ia akan dimaklumkan melalui e-mail. Ahli dinasihati agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP. Untuk makluman, saluran komunikasi KWSP adalah melalui e-mail iakaundaftar@epf.gov.my sahaja dan KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan ini. Bagi urusan pendaftaran ini, ahli hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sebanyak sekali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya heruslah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP.

Situasi Terkini Covid-19, 2 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 2 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 2 April 2020

Pada 2 April 2020, terdapat sebanyak 122 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 767 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 208 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3116 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 105 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 5 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Sekiranya anda tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, orang ramai disarankan untuk menghubungi atau pergi terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Nombor telefon serta senarai klinik/hospital yang perlu dijuruk boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021). Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP bagi rujukan ahli.

Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran

Berikut dikongsikan syarat kelayakan ahli untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP:

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dirujuk di bawah.

  1. Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah daripada Akaun 2 sahaja
  2. Pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya bepandukan kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran i-Lestari KWSP adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan kelulusan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP

Amaun pengeluaran i-Lestari KWSP telah ditetapkan sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 ahli. Sekiranya, jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan tersebut adalah berpandukan jumlah simpanan Akaun 2.

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala, bagi permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran adalah bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Panduan Permohononan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran dan menghantarnya kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian/online melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) KWSP. Panduan permohonan i-Lestari KWSP melalaui i-Akaun boleh dirujuk di sini.
    Nota: Ahli perlu mendaftar akaun terlebih dahulu di Sistem i-Akaun (Ahli) KWSP sebelum membuat permohonan. Panduan pendaftaran di sini.
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my
  3. Secara khidmat kiriman pos/kurier kepada alamat:


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Untuk makluman, ahli digalakan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan. Selain itu, permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah 2 dan 3 sahaja. Pengeluaran i-Lestari tidak boleh dibuat melalui aplikasi mobil i-Akaun.

Sumber: KWSP

Sebarang maklumat penting tentang Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan menghantar e-mail ke alamat: ilestari@epf.gov.my.

Semakan Kelulusan BPN 2020

Semakan Kelulusan BPN 2020

Semakan Kelulusan BPN 2020 boleh dibuat mulai 1 April 2020 dengan menggunakan langkah mudah yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman, semakan jumlah bantuan dan maklumat bayaran juga boleh dibuat pada laman semakan tersebut. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting semakan kelulusan BPN 2020 bagi rujukan pemohon.

Kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah seperti berikut:

  1. Semakan melalui Penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) “Kelulusan Penerimaan BPN” dari LHDNM.
  2. Semakan secara atas talian/online melalaui pautan https://bsh.hasil.gov.my/

Semakan melalui Penerimaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Pihak LHDNM akan menghantar Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS berkenaan kelulusan penerimaan BPN ke semua penerima secara berperingkat. Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS berkaitan kelulusan penerimaan BPN, anda disarankan untuk menyemaknya secara online. Langkah penyemakan tersebut adalah seperti di bawah.

Semakan secara atas talian/online

Untuk semakan secara online, anda boleh mengikuti langkah mudah seperti berikut

  1. Layari pautan https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan diri dan tekan butang Cari.

3. Isi Captcha yang dipapar dan tekan butang Semak.

4. Status Kelulusan BPN akan dipaparkan.

5. Tekan butang Paparan Maklumat bagi mendaptkan maklumat lanjut tentang pembayaran.

Permohonan Baru BPN 2020

Jika nama anda tidak tersenarai dalam penerimaan BPN 2020, permohonan baharu BPN 2020 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian melalaui pautan yang disediakan di bawah. Kaedah membuat permohonan baru adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Buat semakan seperti langkah di atas dan tekan butang Permohonan Baru.

3. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat diri, maklumat anak jika ada dan maklumat waris. Kemudian tekan butang Teruskan.

4. Buat pengesahan dan tekan butang Hantar.

Rayuan Permohonan BPN 2020

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda digalakkan untuk membuat rayuan. Rayuan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 boleh dibuat mulai pada 3 April 2020 tertakluk kepada pindaan. Permohonan rayuan ini khas buat permohonan tidak berjaya walaupun telah melakukan permohonan baru BPN. Rayuan boleh dilakukan pada pautan lhdn.gov.my ataupun https://bpn.hasil.gov.my

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.

Situasi Terkini Covid-19, 1 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 1 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 1 April 2020

Pada 1 April 2020, terdapat sebanyak 108 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 645 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 142 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2908 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 102 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 66 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 2 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes.

Sumber: KKM

Info Tambahan Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Terdapat seramai 2359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori yang terdiri daripada 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang, 159 orang Pegawai Perubatan, 909 orang Jururawat, 220 orang Jututeknologi Maklmal Perubatan, 704 orang Penolong Pegawai Perubatan, 106 orang Juru x-ray, 56 orang Juru Fisioterapi, 70 orang Pegawai Sains Mikrobiologi, 7 orang Pegawai Farmasi, 44 orang Penolong Pegawai Farmasi, 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2 orang Pegawai Psikologi dan 6 orang Kaunselor. Ringkasan kesuluran yang terkini akan dilampirkan dalam kenyataan akhbar. KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani penularan jangkitan Covid-19. KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat bersama KKM untuk tampil menyertai Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 dengan mengisi Borang Pendaftran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 yang boleh didapati di Klinik-klinik dan Hospital KKM.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Cara Mendapatkan 1GB Data Internet Percuma Sepanjang PKP

Percuma 1GB Internet Sepanjang PKP

Cara mendapatkan 1GB Data Internet percuma sepanjang PKP boleh dirujuk pada halaman ini. 1GB Data Internet percuma ini hanya boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Baki Data Internet percuma yang tidak digunakan akan terus dibuang dan tidak akan dibawa ke depan.

Maxis

1GB Data Internet percuma boleh ditebus oleh semua pengguna pascabayar dan prabayar Maxis kecuali pengguna MaxisONE. Penebusan ini perlu dibuat setiap hari menerusi aplikasi Maxis yang dikongsikan di bawah bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

  1. Maxis Postpaid
    Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  2. Maxis Biz Postpaid
    Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  3. Hotlink Flex Postpaid
    Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  4. Hotlink Prepaid
    Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’

Celcom

Bagi semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Xpax, mereka tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana mereka akan diberikan 1GB Data Internet percuma secara automatik di dalam akaun pada setiap hari.

Digi

Pengguna pascabayar Digi boleh menebus tawaran ini melalui aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala, bagi pengguna prabayar Digi pula, mereka boleh menebusnya menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#. Tebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB akan diberikan setiap hari secara automatik.

Umobile

Semua pengguna pascabayar dan prabayar Umobile juga hanya perlu membuat penebusan sekali sahaja dan 1GB Data Internet percuma akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Langkah penebusan adalah seperti berikut:

  1. Dail *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  2. Dail *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

TuneTalk

Pengguna TuneTalk pula boleh menebus tawaran Data Internet percuma ini dengan menghantar sms dengan cara menaip STAYHOME dan hantar ke talian 2222. Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya. Untuk makluman pengguna, tawaran ini akan diaktifkan secara automatik selepas pengguna melakukan penebusan menerusi mesej.
Nota: Semua pelanggan perlu memastikan akaun mereka berada dalam status aktif bagi menikmati penawaran percuma ini.

ONEXOX

Hanya pengguna ONEXOX prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile adalah layak menerima 1GB Data Internet percuma ini. Cara penebusannya adalah dengan menggunakan konsep “Tebus/Redeem” melalui USSD *150#. Pebusan ini hanya perlu dibuat sekali sahaja dan 1GB Data Internet akan dikreditkan secara automatik sehingga tempoh PKP tamat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan 1GB Data Internet Percuma sepanjang PKP, pengguna disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telko masing-masing.

Internet Percuma Sepanjang PKP

Internet Percuma Sepanjang PKP

Internet percuma sepanjang PKP adalah salah satu Pakej Khas Telekomunikasi yang mana ia terdiri daripada pelbagai inisiatif yang berguna untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak Covid-19. Berikut dikongsikan senarai inisiatif-inisiatif Pakej Khas Telekomunikas yang ditawarkan kepada pelanggan.

1GB Internet Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi secara percuma sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sepanjang pelaksanaan PKP Fasa 2.

Panggilan Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan ditawarkan panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (NCPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

YTL Communications

YTL Communications menawarkan akses percuma untuk sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G. Ibu bapa boleh mendapatkan sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, satu untuk setiap anak yang masih belajar dalam keluarga masing-masing. Sila kunjungi www.ytlfoundation.org/learn untuk mendaftar FrogPlay Mobile dan memohon kad SIM prabayar YES 4G.

Telekom Malaysia Berhad (TM)

Pelanggan pascabayr unifi Mobile akan ditawarkan Pas hotspot LTE 999GB, panggilan suara domestik percuma oleh TIME dotCOM Berhad dan rebat bil sebanyak RM240 kepada pelanggan yang ingin menaik taraf data jalur lebar rumah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yakin insiatif-inisiatif yang ditawarkan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringgankan beban rakyat yang terkesan daripada penularan pandemik Covid-19. Selain itu, membolehkan kesalinghububgan berterusan supaya rakyat dapat melakukan tugasan harian mereka dengan efisien.

Sumber: SKMM

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej khas ini, pelanggan disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

Situasi Terkini Covid-19, 31 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 31 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 31 Mac 2020

Pada 31 Mac 2020, terdapat sebanyak 58 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 537 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 140 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2766 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 6 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Dua (2). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dengan sabun dan menjarakkan diri antara satu sama lain. Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup mulut dan hidung dan dapatkan rawatan segera. Tambahan lagi, orang ramai juga diingatkan untuk mengamalkan cara pemakanan sehat dengan menyediakan menu yang sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, Manakala, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Orang ramai juga disarankan untuk menjalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan. Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Akhir sekali, orang ramai digalakan untuk memupuk minda yang positif dalam diri sendiri dan ahli keluarga serta mengamalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian di rumah. Sekiranya anda tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, orang ramai boleh menghubungi atau pergi terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Nombor telefon serta senarai klinik/hospital yang perlu dijuruk boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 30 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 30 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 30 Mac 2020

Pada 30 Mac 2020, terdapat sebanyak 91 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 479 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 156 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2626 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 62 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 3 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 37 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri secara optimum. Orang ramai juga disarankan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya anda tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan seperti dinyatakan, orang ramai boleh menghubungi atau pergi terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Nombor telefon serta senarai klinik/hospital yang perlu dijuruk boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Permohonan-Bantuan-Prihatin-Nasional-BPN

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat secara atas talian/online melalui Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau melalui Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH). Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi rujukan anda.

Kategori Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Merujuk kepada Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

A. Kategori pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah

Kategori pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,600 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM1,000 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM600. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH.

B. Kategori pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000

Kategori pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM500 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM500. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah LHDNM.

C. Kategori bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah

Kategori bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM800 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM500 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM300. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH.

D. Kategori bujang berpendapatan RM2001 hingga RM4,000

Kategori bujang berpendapatan RM2001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM250 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM250. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah LHDNM.

Panduan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bagi isi rumah dan individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) atau isi rumah dan individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM tidak perlu mengemukakan permohonan baharu. Permohonan baharu hanyalah untuk mereka yang tidak diluluskan bawah senarai BSH atau meraka bukan pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.