Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021). Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP bagi rujukan ahli.
Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran
Berikut dikongsikan syarat kelayakan ahli untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP:
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP
Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP
Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dirujuk di bawah.
- Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah daripada Akaun 2 sahaja
- Pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya bepandukan kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran i-Lestari KWSP adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan kelulusan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP
Amaun pengeluaran i-Lestari KWSP telah ditetapkan sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 ahli. Sekiranya, jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan tersebut adalah berpandukan jumlah simpanan Akaun 2.
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala, bagi permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran adalah bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
Panduan Permohononan Pengeluaran i-Lestari KWSP
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran dan menghantarnya kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :
- Secara dalam talian/online melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) KWSP. Panduan permohonan i-Lestari KWSP melalaui i-Akaun boleh dirujuk di sini.
Nota: Ahli perlu mendaftar akaun terlebih dahulu di Sistem i-Akaun (Ahli) KWSP sebelum membuat permohonan. Panduan pendaftaran di sini. - Secara e-mel yang dialamatkan kepada : [email protected]
- Secara khidmat kiriman pos/kurier kepada alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Untuk makluman, ahli digalakan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan. Selain itu, permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah 2 dan 3 sahaja. Pengeluaran i-Lestari tidak boleh dibuat melalui aplikasi mobil i-Akaun.

Sebarang maklumat penting tentang Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan menghantar e-mail ke alamat: [email protected].