Situasi Terkini Covid-19, 31 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 31 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 31 Mac 2020

Pada 31 Mac 2020, terdapat sebanyak 58 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 537 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 140 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2766 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 6 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Dua (2). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dengan sabun dan menjarakkan diri antara satu sama lain. Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup mulut dan hidung dan dapatkan rawatan segera. Tambahan lagi, orang ramai juga diingatkan untuk mengamalkan cara pemakanan sehat dengan menyediakan menu yang sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, Manakala, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Orang ramai juga disarankan untuk menjalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan. Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Akhir sekali, orang ramai digalakan untuk memupuk minda yang positif dalam diri sendiri dan ahli keluarga serta mengamalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian di rumah. Sekiranya anda tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, orang ramai boleh menghubungi atau pergi terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Nombor telefon serta senarai klinik/hospital yang perlu dijuruk boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.