Situasi Terkini Covid-19, 1 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 1 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 1 April 2020

Pada 1 April 2020, terdapat sebanyak 108 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 645 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 142 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2908 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 102 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 66 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 2 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes.

Sumber: KKM

Info Tambahan Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Terdapat seramai 2359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori yang terdiri daripada 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang, 159 orang Pegawai Perubatan, 909 orang Jururawat, 220 orang Jututeknologi Maklmal Perubatan, 704 orang Penolong Pegawai Perubatan, 106 orang Juru x-ray, 56 orang Juru Fisioterapi, 70 orang Pegawai Sains Mikrobiologi, 7 orang Pegawai Farmasi, 44 orang Penolong Pegawai Farmasi, 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2 orang Pegawai Psikologi dan 6 orang Kaunselor. Ringkasan kesuluran yang terkini akan dilampirkan dalam kenyataan akhbar. KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani penularan jangkitan Covid-19. KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat bersama KKM untuk tampil menyertai Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 dengan mengisi Borang Pendaftran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 yang boleh didapati di Klinik-klinik dan Hospital KKM.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: