Semakan Kelulusan BPN 2020

Semakan Kelulusan BPN 2020

Semakan Kelulusan BPN 2020 boleh dibuat mulai 1 April 2020 dengan menggunakan langkah mudah yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman, semakan jumlah bantuan dan maklumat bayaran juga boleh dibuat pada laman semakan tersebut. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting semakan kelulusan BPN 2020 bagi rujukan pemohon.

Kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah seperti berikut:

  1. Semakan melalui Penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) “Kelulusan Penerimaan BPN” dari LHDNM.
  2. Semakan secara atas talian/online melalaui pautan https://bsh.hasil.gov.my/

Semakan melalui Penerimaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Pihak LHDNM akan menghantar Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS berkenaan kelulusan penerimaan BPN ke semua penerima secara berperingkat. Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS berkaitan kelulusan penerimaan BPN, anda disarankan untuk menyemaknya secara online. Langkah penyemakan tersebut adalah seperti di bawah.

Semakan secara atas talian/online

Untuk semakan secara online, anda boleh mengikuti langkah mudah seperti berikut

  1. Layari pautan https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan diri dan tekan butang Cari.

3. Isi Captcha yang dipapar dan tekan butang Semak.

4. Status Kelulusan BPN akan dipaparkan.

5. Tekan butang Paparan Maklumat bagi mendaptkan maklumat lanjut tentang pembayaran.

Permohonan Baru BPN 2020

Jika nama anda tidak tersenarai dalam penerimaan BPN 2020, permohonan baharu BPN 2020 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian melalaui pautan yang disediakan di bawah. Kaedah membuat permohonan baru adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Buat semakan seperti langkah di atas dan tekan butang Permohonan Baru.

3. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat diri, maklumat anak jika ada dan maklumat waris. Kemudian tekan butang Teruskan.

4. Buat pengesahan dan tekan butang Hantar.

Rayuan Permohonan BPN 2020

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda digalakkan untuk membuat rayuan. Rayuan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 boleh dibuat mulai pada 3 April 2020 tertakluk kepada pindaan. Permohonan rayuan ini khas buat permohonan tidak berjaya walaupun telah melakukan permohonan baru BPN. Rayuan boleh dilakukan pada pautan lhdn.gov.my ataupun https://bpn.hasil.gov.my

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected] atau [email protected] atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: