Permohonan SBP 2021 Secara Online

Permohonan SBP 2021 Secara Online. Permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya hanya akan dibuka pada tarikh sekitar bulan Ogos hingga bulan September 2020 yang akan dimaklumkan kelak. Permohonan adalah terbuka kepada murid tahun 6 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan pelajar tingkatan 3 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan SBP 2021

Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 1 ambilan 2021:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019
  5. Murid aktif dalam kokurikulum

Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 4 ambilan 2020:

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Pelajar memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 – minimum GRED A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya GRED C bagi mata pelajaran yang lain
  5. Pelajar lulus dalam saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  6. Pelajar aktif dalam kokurikulum

Pakej Mata Pelajaran SBP

Maklumat di bawah adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan sekiranya permohonan berjaya:

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 1 SBP

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 SBP

Aliran SBP dan Laman Web Sekolah

Senarai aliran SBP bagi Tingkatan 1 dan 4 serta laman web sekolah adalah seperti di bawah:

Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah

Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah

Panduan Permohonan SBP 2021 Secara Online

Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibubapa/penjaga/guru. Panduan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu melayari portal Permohonan SBP Dalam Talian.
  2. Baca panduan terlebih dahulu sebelum mengisi borang dengan memilih butang PANDUAN PERMOHONAN.
  3. Setelah membaca dan memahaminya, buat permohonan dengan menggunakan borang online di butang PERMOHONAN.
  4. Murid/pelajar dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  5. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelummencetak. Pengemakinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.

Semua murid/pelajar yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat UKSBP yang ditetapkan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian pada sekitar bulan Oktober 2020. UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan.

Permohonan SBP 2021 Secara Online
Permohonan SBP 2021 Secara Online

Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP diumumkan sekitar bulan Disember 2020. Manakala, keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP diumumkan sekitar bulan Januari 2021. Bagi permohonan yang tidak Berjaya, murid/pelajar boleh membuat permohonan rayuan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian. Panduan semakan keputusan dan permohonan rayuan boleh rujuk di halaman Keputusan Permohonan SBP 2021. Sebarang maklumat penting tentang permohanan SBP 2020 secara online adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

SAPS Ibubapa: Panduan Semak Keputusan Peperiksaan Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sistem Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi memudahkan proses pengumpulan, penyimpanan dan analisis maklumat peperiksaan dalam setiap sekolah di seluruh negara. Ibu bapa boleh menggunakan SAPS Ibu Bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak mereka.

Untuk makluman, sistem SAPS tidak merangkumi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Ia juga tidak merangkumi semakan markah kokurikulum pelajar.

Kelebihan SAPS

Sistem SAPS ini memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan guru. Antaranya ialah:

  1. Memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka
  2. Prestasi pelajar dapat diikuti tidak mengira kawasan sekolah
  3. Data senang diperolehi kerana guru mata pelajaran akan memasukkan markah ke dalam sistem. Guru kelas tidak perlu meminta markah dari guru mata pelajaran.

SAPS Ibu Bapa

  1. Layari laman web SAPS Ibu Bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar dan tekan “Cari”.
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk nama negeri dan sekolah.
  4. Tekan “Semak”.
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM.

Gred Permakahan Peperiksaan Terkini

  1. Sekolah Rendah
    • A : 80 – 100 :  Cemerlang
    • B : 65 – 79 : Baik
    • C : 50 – 64 : Memuaskan
    • D : 40 – 49: Mencapai Tahap Minimum
    • E : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap minimum
    • TH : Tidak Hadir
  2. Menengah Rendah
    • A : 85 – 100 : Cemerlang
    • B : 70 – 84 : Kepujian
    • C : 60 – 69 : Baik
    • D : 50 – 59 : Memuaskan
    • E : 40 – 49 : Mencapai Tahap Minimum
    • F : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap Minimum
    • TH : Tidak Hadir
  3. Menengah Atas
    • A+ : 90 – 100 : Cemerlang Tertinggi
    • A : 80 – 89 : Cemerlang Tinggi
    • A- : 70 79 : Cemerlang
    • B+ : 65 – 69 : Kepujian Tertinggi
    • B : 60 – 64 : Kepujuan Tinggi
    • C+ : 55 – 59 : Kepujian Atas
    • C : 50 – 54 : Kepujian
    • D : 45 – 49 : Lulus Atas
    • E : 40 – 44 : Lulus
    • G : 0 – 39 : Gagal
    • TH : Tidak Hadir

Masalah Ibu Bapa Tidak Boleh Login SAPS Ibu Bapa

Soalan Lazim SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa tidak boleh log masuk

Terdapat banyak aduan yang dibuat berkaitan ibu bapa tidak boleh login di SAPS Ibu Bapa. Hal ini mungkin terjadi disebabkan mereka terlupa ID pengguna atau kata laluan. Kesilapan memasukkan kata laluan seperti huruf besar dan kecil menjadi faktor ibu bapa tidak boleh login sistem SAPS.

Cara terpantas untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menghubungi Guru Kelas (GK) pelajar.

Seterusnya , GK perlulah menyemak No KP dan dokumen sokongan pelajar. Jika disahkan maklumat No KP salah, GK perlu mengemaskini maklumat pelajar di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan hal tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP).

SUP akan mengemaskini No KP pelajar dengan membuat langkah-langkah seperti di bawah:

saps ibu bapa

Guru kelas/mata pelajaran tidak boleh log masuk

Bagi kata laluan yang terlupa, mohon pada Setiausaha Peperiksaan untuk reset. Kemudian login kembali dengan kata laluan sementara iaitu, 12345678. Selepas berjaya login, terus tukar kepada kata laluan yang baru.

Terdapat nama yang berulang dalam SAPS

Anda perlu padam nama yang berulang tersebut dari sistem SAPS.

Saya mendapat notis “Kod akses atau kata laluan salah“

Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Huruf kecil dan besar haruslah sama dengan kata laluan yang anda masukkan.

Jika perkara ini berterusan, hubungi meja SAPS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Saya terlupa kata laluan, dan saya merupakan seorang Setiausaha Peperiksaan

Sila dapatkan kembali maklumat login anda dengan kunjungi meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Saya adalah SUP Tetapi tidak dapat mendaftarkan nama guru yang baru pindah

Kemungkinan juga guru berkenaan telahpun dipindahkan maklumatnya oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah lama. Disebabkan itu anda tidak dapat mendaftarkan maklumat yang telah wujud. Sila buat carian pengguna.

Soalan: Terdapat murid antarabangsa yang tidak dapat diimpot maklumatnya daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Jika hal ini terjadi, sila berjumpa Pegawai Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat penyelarasan mengenai maklumat murid berkenaan.

saps ibu bapa

Jika setelah semakan dibuat dan maklumat pengguna disahkan betul, pengguna boleh ibu bapa boleh menghubungi GK atau Guru Matapelajaran (GMP) untuk menukar kata laluan.

GP atau GMP akan mengubah kata laluan pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

saps ibu bapa

Semoga dengan adanya sistem SAPS ini, dapat memudahkan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka dan juga dapat mengikuti perkembangan akademik anak mereka.

Penipuan pembayaran cara bank in: Tips elak menjadi mangsa penipuan

Zaman sekarang, ramai orang melakukan perniagan secara dalam talian seperti di Facebook. Jika kita amati, cara pembelian yang paling popular dikalangan penjual di Facebook ialah dengan cara “bank in”. Cara pembayaran ini tidak begitu efisyen kerana terdapat teknik penipuan pembayaran cara bank in yang boleh dilakukan pembeli.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook bernama Hafifi Hafidz berkongsi tentang penipuan pembayaran cara bank in oleh pembeli.

Di dalam postnya, teknik yang digunakan pembeli(suspek) ialah dengan pembayaran menggunakan “Scheduled Payment”. Jika anda sebagai penjual tidak berhati-hati, anda berisiko menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Teknik Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Apabila menggunakan Scheduled Payment, pihak bank akan mengeluarkan resit transaksi yang tertulis ” Successful”, walaupun duit hanya akan dipindahkan pada tarikh yang telah ditetapkan dikemudian hari. Resit ini jika dilihat amat sama dengan normal payment.

Penipuan Pembayaran Cara Bank In
Hafifi Hafidz (Facebook)

Suspek akan screenshot resit sebagai bukti pembayaran. Di sini adalah di mana anda melakukan kesilapan sebagai penjual. Tanpa perlu menyemak baki akaun, anda terus melakukan pengeposan barang dan berkongsi “tracking no.” kepada suspek. Suspek kemudian akan membatalkan Scheduled Payment tersebut selagi belum tiba tarikh pembayaran yang telah dijadualkan.

Lebih kurang menyenangkan, tanpa perlu membatalkan Scheduled Payment, apabila tiba hari pembayaran, dan sistem dapati baki akaun suspek tidak mencukupi, transaksi akan terBATAL secara automatik.

Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa, anda boleh ikuti tips di bawah.

Cara mengelakkan dari menjadi mangsa

Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan pembayaran cara bank in, anda boleh mengikuti tips di bawah.

1. Duit masuk baru pos barang

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Setelah mendapat resit pembayaran, anda perlulah menyemak baki dan transaksi di akaun untuk pengesahan pembayaran telah dilakukan.

Setelah semakan dibuat dan anda dapati pembayaran telah dibuat pembeli, barulah anda pos barang kepada pengguna.

Jika anda dapati tiada pembayaran dibuat kepada anda dan pembeli mengatakan pembayaran telah dibuat, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank untuk membuat semakan.

2. Buka pelbagai akaun bank

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Dengan membuka pelbagai akaun bank seperti membuka akaun di Bank A dan B, anda tidak perlu menggunakan Interbank Giro(IBG) jika pembeli dan penjual menggunakan bank yang berbeza. Ini membolehkan duit di hantar terus ke akaun bank penjual tersebut dan penjual boleh menyemak baki dan transaksi pada masa itu juga.

Ini kerana pengguna transaksi jenis IBG akan mengambil masa untu pembayaran dibuat ke akaun anda. Dan akan mungkin berisiko ditipu jika suspek mengatakan menggunakan IBG.

3. Menggunakan sistem e-Commerce

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Sistem e-Commerce dapat membantu anda menguruskan penjualan dan bayaran. Dengan e-Commerce, tiada pembelian palsu dapat dilakukan. Jika amaun bank pembeli tidak mencukupi, transaksi tidak dapat dijalankan.

Penjual juga tidak perlu meminta screenshot resit sebagai bukti pembelian dan menyemak akaun bank dari masa ke semasa. Penjual hanya perlu menyemak di sistem untuk pembelian yang telah dilakukan.

Apa yang menarik, dengan sistem e-Commerce anda tidak perlu berinteraksi dengan pembeli seperti komunikasi melalui “personal message”.

Anda boleh mencipta e-Commerce dengan pelbagai cara dan salah satunya adalag menggunakan Facebook.

Semoga kandungan ini dapat dimanfaatkan oleh para penjual dalam talian.

Amaran: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas salah guna yang dilalukan oleh pembaca berkaitan kandungan di KelajuanCahaya.com.