Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN

Permohonan pertukaran ujrah PTPTN boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu secara atas talian/online atau pergi terus ke kaunter PTPTN. Untuk makluman peminjam, penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pertukaran ujrah PTPTN bagi rujukan peminjam.

Panduan Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN

Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) adalah layak kepada semua peminjam kecuali peminjam disahkan meninggal dunia/ilat atau peminjam mendapat pengecualian bayaran balik disebabkan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Kelas Pertama. Berikut dikongsikan cara-cara permohonan secara online dan secara terus ke kaunter PTPTN.

a. Secara Atas Talian/Online

  1. Layari pautan https://www.ptptn.gov.my/UjrahOnline/.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Peminjam boleh mendapatkan nombor pinjaman dengan menghubungi Careline PTPTN ditalian 03-21933000 atau melalui semakan penyata pinjaman PTPTN online.Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 4
  3. Semak maklumat yang dipaparkan. Kemudian tandakan pada kotak pengesahan dan klik butang Teruskan.Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 5
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya. Pilihan tempoh bayaran balik adalah dibenarkan.Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 6
  5. Semak maklumat yang ada di paparan. Kemudian tandakan pada kotak pengesahan dan klik butang Mohon. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, peminjam boleh menekan butang Kembali untuk membuat pengisian maklumat semula.
  6. Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 7
  7. Klik butang Ok sekiranya semua maklumat adalah betul dan klik butang Ok sekali lagi apabila satu paparan makluman permohonan berjaya keluar.Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 8
  8. Cetak slip permohonan yang telah berjaya untuk rujukan peminjam.

Dokumen tawaran permohonan ujrah akan diserahkan melalui e-mel yang didaftarkan dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan.

b. Secara Terus ke Kaunter PTPTN

Untuk membuat permohonan pertukaran Ujrah secara terus ke kaunter PTPTN, peminjam hanya perlu mengemukakan Borang Kemas Kini Pertukaran Pinjaman Ujrah yang lengkap kepada pejabat PTPTN yang berhampiran. Dokumen tawaran permohonan ujrah akan diserahkan pada hari yang sama ketika urusan permohonan ujrah dilakukan.

Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 10

Setelah mendapat dokumen tawaran, peminjam perlu memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan bersama Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah. Sekiranya peminjam gagal berbuat demikian, peminjam dikehendaki memohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza yang disebabkan oleh penambahan kos pentadbiran.

Permohonan Pertukaran Ujrah PTPTN 2

Sebarang maklumat penting tentang permohonan pertukaran ujrah PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.