Baki Pinjaman/Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

Baki pinjaman/surat penyelesaian hutang PTPTN boleh didapati secara atas talian/online melalui portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Untuk makluman peminjam, surat penyelesaian hutang PTPTN hanya akan diberi kepada peminjam yang telah selesai membuat bayaran balik pinjaman secara keseluruhan. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting penyemakan bagi rujukan peminjam.

Panduan Semakan Baki Pinjaman

Berikut dikongsikan panduan semakan baki pinjaman secara atas talian/online.

  1. Layari pada pautan https://www.ptptn.gov.my/bajet2018/Utama.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Peminjam boleh mendapatkan nombor pinjaman dengan menghubungi Careline PTPTN ditalian 03-21933000 atau melalui semakan penyata pinjaman PTPTN online.
    Pengesahan Baki Pinjaman 1
  3. Pilih pada menu Pengesahan Baki Online.
    Pengesahan Baki Pinjaman 2
  4. Sekiranya peminjam telah menyelesaikan hutang secara keseluruhan, tiada rekod bagi pengesahan baki pinjaman.
    Pengesahan Baki Pinjaman 7
  5.  Bagi yang masih mempunyai baki pinjaman, sila kemaskini maklumat peminjam di ruangan yang disediakan dan tekan butang Simpan.
    Pengesahan Baki Pinjaman 3
  6. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan klik butang Ok.
    Pengesahan Baki Pinjaman 4
  7. Cetak pengesahan baki pinjaman untuk rujukan peminjam.

Panduan Semakan Surat Penyelesaian Hutang

Berikut dikongsikan panduan semakan surat penyelesaian hutang PTPTN secara atas talian/online.

  1. Layari pada pautan https://www.ptptn.gov.my/bajet2018/Utama.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Peminjam boleh mendapatkan nombor pinjaman dengan menghubungi Careline PTPTN ditalian 03-21933000 atau melalui semakan penyata pinjaman PTPTN online.
    Pengesahan Baki Pinjaman 1
  3. Pilih pada menu Surat Penyelesaian Hutang.
    Pengesahan Baki Pinjaman 2
  4. Cetak surat penyelesaian hutang untuk rujukan peminjam. Sekiranya peminjam belum menyelesaikan hutang secara keseluruhannya, tiada maklumat bagi surat penyelesaian hutang.
    Pengesahan Baki Pinjaman 6
  5.  Surat penyelesaian hutang adalah seperti berikut.
    Pengesahan Baki Pinjaman 8

Bagi peminjam yang berhasrat untuk membuat penyelesaian hutang PTPTN secara keseluruhannya, peminjam boleh memilih jenis saluran bayaran balik mengikut kesesuaian dan keutamaan peminjam seperti yang telah dikongsikan di halaman Pembayaran Balik PTPTN.

Pengesahan Baki Pinjaman 10

Sebarang maklumat penting tentang pengesahan baki pinjaman/ surat penyelesaian hutang PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.