Penggunaan e-Caruman KWSP

Penggunaan e-Caruman KWSP adalah untuk majikan yang telah berdaftar di bawah i-Akaun(Majikan) KWSP. Panduan mendaftar i-Akaun(Majikan) KWSP boleh dirujuk pada halaman ini. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting penggunaan e-Caruman KWSP bagi rujukan majikan.

Syarat Penggunaan e-Caruman KWSP

Sebelum membuat pembayaran caruman KWSP secara atas talian/online, majikan dinasihati supaya memahami syarat-syarat penggunaan serta maklumat penting e-Caruman KWSP yang boleh didapati di halaman e-Caruman KWSP (Majikan).

Kadar Caruman KWSP

Kadar caruman KWSP bagi majikan dan pekerja terkini yang berkuat kuasa mulai Januari 2019 boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 199. Majikan dikehendaki membayar caruman KWSP berdasarkan jadual ini dan menggunakan jadual ini bagi caruman yang lewat dibayar mengikut tarikh kuat kuasa pada waktu itu.

Panduan e-Caruman KWSP

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk membuat pembayaran caruman menggunakan e-Caruman.

  1. Layari laman web rasmi KWSP pada pautan ini http://www.kwsp.gov.my/ms/home dan pilih menu Log Masuk i-Akaun (Majikan).Penggunaan-e-Caruman-KWSP-1
  2. Log masuk akaun majikan dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul. Bagi majikan yang belum ada akaun anda perlu mengaktifkan i-Akaun dulu, panduan mengaktifkan akaun boleh dirujuk di sini.Penggunaan-e-Caruman-KWSP-2
  3. Klik bahagian Caruman dan pilih jenis transaksi anda. Penghantaran Butiran Caruman KWSP (Borang A) adalah untuk mengisi / mengemaskini butir-butir pekerja anda serta caruman, dan boleh terus membuat bayaran caruman juga. Manakala bagi transaksi Bayaran adalah proses pembayaran terus caruman bagi pekerja sedia ada yang mana tiada keperluan untuk mengisi / mengemaskini maklumat pekerja. Klik butang Seterusnya selepas memilih jenis transaksi.Penggunaan-e-Caruman-KWSP-4Penggunaan-e-Caruman-KWSP-5
  4. Kemudian pilih jenis borang. Borang A Pracetak adalah borang A yang telah dihantar kepada KWSP sebelum ini, dan anda perlu pinda/ubah untuk caruman bulan terkini. Manakala, Borang A Kosong adalah untuk anda yang belum pernah mengisi dan menghantar Borang A ke KWSP. Kemudian klik butang Seterusnya. Penggunaan-e-Caruman-KWSP-6
  5. Lengkapkan semua maklumat caruman dan tekan butang Seterusnya. Pilih kaedah bayaran dan hantar Borang A. Sekiranya anda memilih Bayaran di Kaunter KWSP, tandakan pada kotak pengesahan dan klik butang Hantar. Kemudian klik butang Cetak Makluman Penghantaran Borang A untuk tujuan pembayaran di kaunter cawangan KWSP/ ejen Bank. Bagi anda yang menggunakan kaedah Bayaran melalui Laman Web Bank, anda boleh membuat bayaran caruman secara terus.

Nota: Untuk rujukan lebih lanjut, anda boleh melihat proses pembayaran caruman KWSP ini pada pautan ini https://youtu.be/j3DnS8dUD1E.

Penggunaan-e-Caruman-KWSP-7

Sebarang maklumat penting tentang penggunaan e-Caruman KWSP (Majikan) adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, majikan disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.