e-Caruman KWSP (Majikan) adalah satu platform KWSP yang bertujuan untuk memudahkan majikan membuat bayaran caruman KWSP mereka secara atas talian/online dengan menggunakan FPX, direct debit, perbankan internet atau melalui aplikasi e-Caruman. Untuk membuat bayaran caruman secara atas talian/online, majikan perlu medaftar i-Akaun (Majikan) KWSP yang mana panduan mendaftar boleh dirujuk di halaman Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting e-Caruman KWSP bagi rujukan anda.
Syarat Utama Penggunaan
Syarat utama penggunaan e-Caruman KWSP adalah telah mendaftar i-Akaun (Majikan) KWSP dan lain-lain terma dan syarat yang diperuntukkan dalam laman web rasmi KWSP.
Kelebihan e-Caruman KWSP
Kelebihan menggunakan e-Caruman KWSP adalah seperti berikut:
- Transaksi boleh dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.
- Proses pembayaran yang mudah, cepat, tepat dan selamat.
- Ketepatan maklumat bagi majikan dan ahli KWSP.
- Mesra pelanggan dan hassle free.
Dengan menggunakan medium ini, majikan boleh membuat
- Serahan butiran caruman KWSP pekerja (Borang A).
- Pembayaran caruman.
- Semakan status transaksi caruman.
- Semakan dan pendaftaran maklumat ahli yang tidak lengkap.
- Semakan caj lewat bayar dan dividen.
Perkhidmatan Utama e-Caruman KWSP
Berikut dikongsikan perkhidmatan utama e-Caruman KWSP bagi rujukan anda.
- Penghantaran Borang A dan Bayaran.
- Penghantaran Borang A sahaja.
- Penghantaran Bayaran sahaja.
Saluran Pembayaran Caruman
Terdapat tiga (3) saluran bayaran caruman secara atas talian/online, iaitu:
- Bayaran melalui Laman Web Bank.
- Bayaran melalui Financial Process Exchange (FPX).
- Bayaran melalui Direct Debit Authorization.
Untuk makluman anda, resit bayaran boleh didapati dengan mencetaknya setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.
Keperluan Penggunaan e-Caruman KWSP
Sebelum membuat bayaran caruman KWSP, pastikan anda mempunyai keperluan berikut:
- Telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem Android versi 4.2 dan ke atas.
- Telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem iOS (jenama Apple) versi 9.0 dan ke atas.
- Talian internet dan pelan data.
- i-Akaun Majikan.
- Akaun perbankan internet yang menyertai FPX.
Sebarang maklumat penting tentang e-Caruman KWSP (Majikan) adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, majikan disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.