Penyenaraian peminjam PTPTN dalam CCRIS adalah bermaksud kesemua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan dari tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS). Untuk makluman peminjam, pembayaran balik pinjaman perlu dibuat secara konsisten mengikut jadual bayaran balik (JBB) yang telah ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan sebarang tunggakkan bayaran yang boleh mencemarkan laporan CCRIS. Sebarang tunggakan yang dicatat dalam CCRIS boleh membuatkan proses kelulusan sesuatu pinjaman menjadi sukar untuk dipertimbangkan. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan laporan CCRIS untuk rujukan peminjam PTPTN.
Panduan Semakan Penyenaraian Peminjam PTPTN Dalam CCRIS
Laporan CCRIS boleh disemak di kaunter/kiosk cawangan Bank Negara Malaysia (BNM)/AKPK di seluruh negara atau secara atas talian/online. Selain daripada itu, laporan CCRIS juga boleh disemak dengan menghantar surat permohonan semakan. Berikut dikongsikan panduan semakan laporan CCRIS.
a. Semakan Melalui Kaunter/Kiosk Cawangan BNM atau AKPK.
Sekiranya semakan laporan CCRIS dilakukan melalui Kios CCRIS, kad pengenalan asal pemohon adalah diperlukan. Laporan CCRIS akan dicetak kepada pemohon pada hari yang sama ketika membuat semakan. Manakala, untuk semakan di kaunter, pemohon perlu membawa kad pengenalan asal bersama dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti pemohon seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia). Laporan CCRIS akan diserahkan pada hari yang sama ketika urusan semakan dilakukan.
b. Secara Atas Talian/Online
Semakan laporan CCRIS secara atas talian/online adalah melalui eCCRIS. Peminjam perlu membuat pendaftaran baharu untuk mengakses sistem tersebut. Untuk makluman peminjam, pendaftaran boleh dibuat dengan mengikuti panduan yang dikogsikan pada halaman ini.
c. Melalui Surat Permohonan
Laporan CCRIS juga boleh didapati melalui surat permohonan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR).
- Borang Pengisytiharan Pinjaman.
- Salinan kad pengenalan pemohon yang jelas (depan dan belakang).
- Mana-mana dua dokumen seperti Bil air/Bil elektrik/Bil telefon/Penyata akaun bank/Penyata kad kredit/Penyata KWSP (dengan nama dan alamat pemohon yang jelas tertera pada setiap dokumen).
Kesemua dokumen berikut hendaklah dihantar melalui pos/faks/e-mel kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia yang beralamat berikut.
BNMTBELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Faksimile: +603 2174 1515
Email: [email protected]
Panduan Semakan Penyenaraian Peminjam PTPTN Dalam Senarai Hitam
Senarai hitam dikenakan kepada mana-mana peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan atau gagal melakukan pembayaran balik pinjaman yang mana akan dikenakan tindakan Imigresen seperti tidak dapat memperbaharui passport dan dihalang ke luar negara. Semakan senarai hitam PTPTN boleh dibuat secara online di portal rasmi PTPTN atau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Berikut dikongsikan cara membuat semakan senarai hitam PTPTN. Semakan di
- Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pautan https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm.
- Portal Rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/
- Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
- Hadir di kaunter PTPTN atau JIM.
Sekiranya peminjam ingin membersihkan nama dari senarai hitam PTPTN, peminjam perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan.
Sebarang maklumat penting tentang Penyenaraian Peminjam PTPTN Dalam CCRIS adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.