Status Terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 8 April

Status Terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 8 April 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

A. Kluster Perhimpunan Di Sri Petaling

Setakat jam 12.00 tengahari pada 8 April 2020, Kluster Perhimpunan di Sri Petaling:

  • Jumlah Kes: 1682

Kluster ini adalah Kluster terbesar setakat ini dan mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan misalnya membabitkan ahli keluarga, kontak rapat di masjid dan madrasah tahfiz.

B. Kluster Persidangan Keagamaan di Gereja Kuching

Setakat jam 12.00 tengahari pada 8 April 2020, Kluster Persidangan Keagamaan di Gereja, Kuching, Sarawak:

  • Kes Baru: 24
  • Jumlah Kes: 110
  • Jumlah Kes Sembuh: 11
  • Kes di ICU: 4
  • Kes dirawat di Hospital: 48
  • Kes dibawah pemerhatian di Pusat Kuarantin: 47
  • Kes Kematian: 2
Sumber: KKM

C. Kluster Perkahwinan di Bandar Baru Bangi

Setakat jam 12.00 tengahari pada 8 April 2020, Kluster Perkahwinan di Bandar Baru Bangi:

  • Kes Baru: 2
  • Jumlah Kes: 94
  • Jumlah Kes Sembuh: 15
  • Kes di ICU: 5
  • Kes dirawat di Wad Biasa: 74
Sumber: KKM

D. Kluster Sejarah Perjalanan Individu ke Itali di Sarawak

Setakat jam 12.00 tengahari pada 8 April 2020, Kluster Sejarah Perjalanan Individu ke Itali di Sarawak:

  • Kes Baru: 1
  • Jumlah Kes: 41
  • Jumlah Kes Sembuh: 11
  • Kes di ICU: 2
  • Kes dirawat di Wad Biasa: 13
  • Kes dibawah pemerhatian di Pusat Kuarantin: 10
  • Kes Kematian: 5
Sumber: KKM

E. Subkluster Sri Petaling di Daerah Rembau

Setakat jam 12.00 tengahari pada 8 April 2020, Subkluster Sri Petaling di Daerah Rembau:

  • Jumlah Kes: 27
  • Kes di ICU: 2
Sumber: KKM

Kes kluster ini telah disiasat dimana ianya berpunca di satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat pernah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Sebarang maklumat berkaitan status terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 8 April 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.

Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan

Keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira kurang dari 72 jam ini, di mana kerajaan dijangka akan membuat pengumuman pada hari Jumaat ini.

Untuk makluman semua, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bermula 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir pada 14 April ini yang mana PKP ini dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengumuman keputusan PKP ini amat mendebarkan rakyat yang mana jika diteliti, rakyat mengharapkan PKP ini tidak akan dilanjutkan dan mereka ingin kembali kepada kehidupan normal. Walaubagaimanapun, kerajaan pasti akan membuat keputusan yang tepat dan terbaik berdasarkan situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, yang mana kes sporadik ini adalah kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya.

Tambahan lagi, sehingga 8 Mac 2020 jam 12.00 tengahari, sebanyak 156 kes baru telah direkodkan dan sebanyak 2 kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif 4,119 kes membabitkan keseluruhan 65 kematian.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh kerajaan dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.

Kerjasama dari rakyat adalah penentu kepada keputusan PKP ditamatkan atau dilanjutkan. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat.

Situasi Terkini Covid-19, 8 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 8 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 8 April 2020

Pada 8 April 2020, terdapat sebanyak 166 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 1,487 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 156 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,119 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 76 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 45 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 2 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 65 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Sekiranya kita mengetahui ada ahli keluarga, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang kita kenali mengalami krisis emosi, bantulah mereka dengan :

1. Mengambil serius tentang masalah mereka;
2. Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
3. Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Bagi individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Rumusan Pakej PRIHATIN Tambahan

Rumusan Pakej PRIHATIN Tambahan. Pakej PRIHATIN Tambahan telah dibentangkan pada 6 April 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana pakej ini dirangka bagi memastikan dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. Halaman ini menyediakan ringkasan Pakej PRIHATIN Tambahan untuk rujukan pembaca.

Rumusan Pakej PRIHATIN Tambahan

Pakej PRIHATIN Tambahan ini adalah khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta perusahaan mikro. Berikut dikongsikan pakej PRIHATIN Tambahan bagi meringankan beban kewangan perusahaan.

A. Bantuan Subsidi Upah 

Semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

  1. Subsidi upah sebanyak RM600 untuk setiap pekerja bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi adalah 200 orang pekerja.
  2. Subsidi upah sebanyak RM800 untuk setiap pekerja bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang.
  3. Subsidi upah sebanyak RM1, 200 untuk setiap pekerja bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang.

Bantuan ini diperuntukkan selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan juga telah mendaftar dengan PERKESO. Untuk peruntukan ini, majikan disyaratkan untuk mengekalkan pekerjanya, minimum selama 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

B. Geran Khas PRIHATIN

Kerajaan juga menyediakan Geran Khas berjumlah RM3,000 untuk setiap syarikat mikro. PKS mikro boleh mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan Geran Khas PRIHATIN ini.

C. Moratorium Bayaran Asuran oleh Organisasi Pemberi Peminjam Wang Berdaftar

Kerajaan juga menyeru Organisasi Pemberi Pinjam Wang Berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020.

Selain bantuan kewangan, kerajaan juga akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan kewangan seperti di atas. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah:

  1. Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 bagi setiap syarikat dengan kadar faedah 0%. Pengusaha syarikat hanya dibenarkan untuk memohon atau mendapatkan salah satu skim sahaja.
  2. Pengecualian bayaran sewa / pemberian diskaun sewaan bagi peniaga runcit PKS yang menyewa premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Kerajaan juga menggesa pemilik premis swasta untuk turut melaksanakan kemudahan yang sama sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik premis swasta akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
  3. Pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada syarikat yang permit pekerjanya tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan ini tidak boleh diguna pakai untuk pembantu rumah.

Tambahan lagi, kerajaan juga memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP bagi pihak syarikat yang mengalami kesukaran untuk mengemukakan dokumen berkanun bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh PKP.

Akhir sekali, kerajaan memberikan kelonggaran tempoh penyerahan dan penyimpanan penyata kewangan syarikat yang mana ia dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019 dan kelonggaran ini boleh dipohon daripada SSM di mana tiada fi penghantaran lewat dikenakan ke atas permohonan berkenaan.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Menerusi Pakej PRIHATIN TAMBAHAN ini, kerajaan berharap ia sedikit sebanyak dapat melindungi pekerjaan pekerja di samping menjamin daya tahan perniagaan. Kerajaan juga akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal.

Situasi Terkini Covid-19, 7 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 7 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 7 April 2020

Pada 7 April 2020, terdapat sebanyak 80 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 1321 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 170 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,963 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 92 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 1 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 63 kes.

Sumber: KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri secara optimum. Orang ramai juga disarankan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 6 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 6 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 6 April 2020

Pada 6 April 2020, terdapat sebanyak 236 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 1241 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 131 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 102 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 1 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes.

Sumber: KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri secara optimum. Orang ramai juga disarankan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kini diawalkan dan akan mula diagihkan secara berperingkat bermula pada 6 April 2020 sehingga 15 April 2020 mengikut kategori penerima BPN. Maklumat ini dikongsi berdasarkan pada pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Untuk makluman penerima BPN, kaedah pembayaran BPN adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan di bawah data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran BPN akan dibuat secara tunai selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berikut dikongsikan Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa 1 bagi rujukan penerima BPN.

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Pembayaran untuk kategori B40 akan bermula pada 6 April 2020 sehingga 12 April 2020 yang mana penerima kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM1000. Manakala bagi penerima kategori M40, mereka akan menerima BPN bermula pada 13 April 2020 sehingga 15 April 2020 sebanyak RM500.

Bagi penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai akaun bank, mereka akan menerima pembayaran BPN dalam tarikh pembayaran yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus bersama bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda disarankan untuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.

Situasi Terkini Covid-19, 5 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 5 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 5 April 2020

Pada 5 April 2020, terdapat sebanyak 90 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 1005 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 179 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 99 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 48 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 4 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes.

Sumber: KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri secara optimum. Orang ramai juga disarankan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 4 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 4 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 4 April 2020

Pada 4 April 2020, terdapat sebanyak 88 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 915 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 150 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,483 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 99 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 4 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 57 kes.

Sumber: KKM

Orang ramai dinasihati untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri secara optimum. Orang ramai juga disarankan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 3 April 2020

Situasi terkini Covid-19, 3 April 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 3 April 2020

Pada 3 April 2020, terdapat sebanyak 60 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 827 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 217 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,333 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 108 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat 3 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 53 kes.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19 disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.