Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kini diawalkan dan akan mula diagihkan secara berperingkat bermula pada 6 April 2020 sehingga 15 April 2020 mengikut kategori penerima BPN. Maklumat ini dikongsi berdasarkan pada pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Untuk makluman penerima BPN, kaedah pembayaran BPN adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan di bawah data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran BPN akan dibuat secara tunai selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berikut dikongsikan Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa 1 bagi rujukan penerima BPN.

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Pembayaran untuk kategori B40 akan bermula pada 6 April 2020 sehingga 12 April 2020 yang mana penerima kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM1000. Manakala bagi penerima kategori M40, mereka akan menerima BPN bermula pada 13 April 2020 sehingga 15 April 2020 sebanyak RM500.

Bagi penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai akaun bank, mereka akan menerima pembayaran BPN dalam tarikh pembayaran yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus bersama bayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda disarankan untuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected] atau [email protected] atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: