Senarai Saham Syarikat Patuh Syariah 2019

senarai saham syarikat patuh syariah 4

Senarai saham syarikat patuh Syariah 2019 di Bursa Malaysia telah dikemas kini oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang mana diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Untuk makluman anda, senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 31 Mei 2019 menyenaraikan 689 sekuriti patuh Syariah daripada 897 sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sekuriti patuh Syariah ini mewakili 77 peratus secara keseluruhanya.

Senarai Saham Syarikat Patuh Syariah 2019

Senarai penuh sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa Malaysia, yang berkuat kuasa mulai 31 Mei 2019 boleh dirujuk melalui pautan ini https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=bcbbac70-81c3-4d09-9699-11f411dda781 pada halaman 15 sehingga 29. Sebanyak empat belas (14) sekuriti yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah telah dimasukkan dalam senarai tersebut manakala sepuluh (10) sekuriti yang berada dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan. Di samping itu, sebanyak tujuh (7) sekuriti tersenarai di pasaran LEAP telah diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah.

Untuk makluman anda, dalam proses mengemas kini sekuriti patuh Syariah ini, MPS perlu menerima input dan sokongan daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat. MPS melalui SC, akan terus mengkaji status Syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit.

Saham Syarikat (Sekuriti) Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Patuh Syariah (Mei 2019)

Berikut dikongsikan senarai sekuriti yang baru diklafikasikan sebagai sekuriti patuh syariah 2019 untuk rujukan anda.

Senarai Saham Syarikat Patuh Syariah 1

Sekuriti Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Sekuriti Tidak Patuh Syariah (Mei 2019)

Berikut dikongsikan senarai sekuriti yang baru diklafikasikan sebagai sekuriti tidak patuh syariah 2019 untuk rujukan anda.

Senarai Saham Syarikat Patuh Syariah 2

Senarai Sekuriti Patuh Syariah di Pasaran LEAP*

Berikut dikongsikan senarai sekuriti patuh Syariah di pasaran LEAP 2019 untuk rujukan anda.

senarai saham syarikat patuh syariah 3

Sebarang maklumat penting tentang saham syarikat patuh Syariah 2019 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disaran mendapatkan maklumat di portal rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui pautan https://www.sc.com.my/ atau ditalian +60 3-6204 8777.