Aduan lampu jalan rosak boleh dilakukan dengan menghantar maklumbalas secara atas talian/online ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau dengan menghubungi TNB Careline. Untuk makluman pengguna, TNB telah melancarkan TNB Careline pada tahun 2012 yang mana ia merupakan pusat panggilan utama Syarikat hasil gabungan Pusat Pengurusan Panggilan atau Call Management Centre (CMC) dan One Stop Engagement Centre (OSEC). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting aduan untuk rujukan pengguna lampu jalan.
Keadaan Lampu Jalan Rosak
Pihak TNB meminta semua pengguna melaporkan segera jika terdapat kerosakan pada lampu jalan agar tindakan sewajarnya dapat diambil. Untuk pengetahuan pengguna, kerosakan lampu jalan boleh disebabkan oleh:
- Kualiti komponen cahaya lampu jalan seperti mentol lampu terbakar, komponen “time-switch” rosak dan lain-lain.
- Cuaca buruk misalnya pokok tumbang.
- Pihak ketiga iaitu kabel bawah tanah yang rosak, tiang yang rosak disebabkan oleh kemalangan jalanraya.
Panduan Aduan Lampu Jalan Rosak
Untuk melaporkan kerosakan, pengguna boleh memilih mana-mana saluran aduan di bawah dengan mengikuti langkah mudah yang dikongsikan.
A. Menghantar Maklumbalas Secara Atas Talian/Online
Untuk menghantar maklumbalas, pengguna perlu:
- Melayari laman web rasmi TNB dan pergi ke pilihan Hubungi Kami dan pilih Khidmat Pelangan/Customer Care melalui pautan https://www.tnb.com.my/contact-us/customer-care/.
- Kemudian, pilih Hantar Maklumbalas/Submit Feedback dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dan tekan butang Hantar.
Laporan anda akan disalurkan terus ke stesen TNB yang berkenaan untuk tindakan pembetulan selanjutnya.
B. Menghubungi TNB Careline
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membuat aduan dengan:
- Menghubungi TNB Careline di talian 15454 atau,
- SMS ke 15454 dengan cara taipkan L dan hantar ke 15454.
Aduan Lampu Jalan Rosak Lain
Pengguna juga boleh mengadukan dengan cara lain iaitu dengan menghantar aduan menerusi e-mail yang beralamat [email protected] atau menerusi facebook melalui pautan ini www.facebook.com/TNBCareline.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang aduan lampu jalan rosak, pengguna disaran untuk melayari laman web rasmi TNB melalui pautan ini https://www.tnb.com.my/.