Pendaftaran KWSP (Ahli)

Pendaftaran KWSP (Ahli) boleh dilakukan secara terus di mana-mana pejabat dan kios KWSP yang berdekatan. Untuk makluman, Akta KWSP 1991 telah mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri bagi memastikan anda mempunyai simpanan persaraan setelah anda bersara atau tidak lagi bekerja. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran bagi rujukan anda.

Panduan Pendaftaran KWSP (Ahli)

Pendaftaran sebagai ahli KWSP boleh dibuat melalui tiga (3) kaedah iaitu secara automatik oleh majikan anda, secara atas talian/online melalui aplikasi i-Akaun (Majikan) KWSP atau melalui kaunter/kiosk KWSP. Berikut dikongsikan panduan mendaftar bagi rujukan anda.

a. Secara Automatik

Daftar secara automatik adalah melalui pencaruman pertama oleh majikan ke atas anda yang mana anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik. Pendaftaran ini dibuat dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun KWSP anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

b. Kaunter/Kiosk KWSP

Pendaftaran melalui kaunter/kiosk KWSP di mana-mana lokasi seluruh negara boleh dilakukan dengan hanya menggunakan kad pengenalan dan pengesahan cap ibu jari anda sahaja. Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda dikehendaki melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar) dan serahkannya kepada pegawai KWSP yang bertugas. Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran berjaya.

C. i-Akaun(Majikan) KWSP

Pendafataran ahli melalui i-Akaun(Majikan) KWSP boleh dibuat oleh majikan anda dengan mengguakan semua maklumat anda yang diperlukan dalam sistem tersebut. Akaun KWSP anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengaksesan Akaun KWSP (Ahli)

Selesai membuat pendaftaran, ahli boleh mengakses akaun KWSP dengan cara atas talian/online melalui i-Akaun(Ahli) KWSP atau secara terus di mana-mana kaunter/kiosk KWSP yang berdekatan. Semakan melalui i-Akaun memerlukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum dapat mengakses akaun. Panduan pendaftaran dikongsikan pada halaman i-Akaun(Ahli) KWSP. Untuk makluman, setiap ahli KWSP boleh memilih untuk mengekalkan akaun KWSP mereka di bawah Simpanan Konvensional di mana simpanan mereka akan diuruskan/dilaburkan secara konvensional atau menukar akaun KWSP mereka ke Simpanan Shariah di mana simpanan mereka akan diuruskan/dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah.

Pendaftaran KWSP (Ahli) 3

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran KWSP (Ahli) adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.