Lindungi Warga Emas daripada Covid-19

Lindungi Warga Emas daripada Covid-19. Seperti yang dimakluman semalam (16 April 2020) dalam sidang media Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat banyak kes jangkitan dan kematian dilaporkan dikalangan kumpulan umur 60 tahun ke atas. Ini menunjukan bahawa warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan juga kematian Covid-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik yang dihidapi warga emas.

Menurut Ketua Pengarah lagi, warga emas berupaya untuk sembuh dari jangkitan Covid-19 sekiranya mereka mendapatkan rawatan diperingkat awal. Justeru, warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan segera walaupun hanya mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.

Oleh yang demikian, anak atau penjaga yang tinggal bersama-sama warga emas haruslah bertanggungjawab dalam memastikan:

  • Barang keperluan harian bagi warga emas mencukupi.
  • Bekalan ubatan warga emas mencukupi dan temujanji rawatan warga emas dipatuhi.
  • Mendapat rawatan segera jika warga emas tidak sihat.
  • Memberi sokongan psikologi kepada warga emas.
  • Mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter.
  • Memakai penutup hidung dan mulut jika bergejala.
  • Menggunakan tisu apabila batuk dan bersin.
  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
Sumber: KKM

Manakala, bagi anak atau penjaga yang tinggal berjauhan dengan warga emas haruslah bertanggungjawab dalam memastikan:

  • Barang keperluan harian bagi warga emas mencukupi.
  • Bekalan ubatan warga emas mencukupi dan temujanji rawatan warga emas dipatuhi.
  • Sentiasa berhubung dengan warga emas walaupun berjauhan.
  • Memberi sokongan psikologi kepada warga emas.
  • Mendapat rawatan segera jika warga emas tidak sihat.
Sumber: KKM

Sekiranya memerlukan perkhidmatan nasihat berkaitan Covid-19, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.