Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 16 April 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Untuk makluman semua, tiada pertambahan kes Covid-19 baharu di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah pertambahan kes Covid-19 baharu di Negeri lain adalah seperti berikut:
- Perak: 1 Kes
- Selangor: 13 Kes
- Negeri Sembilan: 26 Kes
- Johor: 13 Kes
- Pahang: 8 Kes
- Terengganu: 2 Kes
- Kelantan: 1 Kes
- Sabah: 3 Kes
- Sarawak: 16 Kes
- Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur: 26 Kes
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 1 Kes
Jumlah kes Covid-19 mengikut Negeri adalah seperti berikut:
- Perlis: 18 Kes
- Kedah: 94 Kes
- Pulau Pinang: 119 Kes
- Perak: 251 Kes
- Selangor: 1,329 Kes
- Negeri Sembilan: 389 Kes
- Melaka: 147 Kes
- Johor: 614 Kes
- Pahang: 261 Kes
- Terengganu: 108 Kes
- Kelantan: 155 Kes
- Sabah: 288 Kes
- Sarawak: 387 Kes
- Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur: 952 Kes
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 55 Kes
- Wilayah Persekutuan Labuan: 15 Kes
Secara ringkasnya, Negeri Selangor masih mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi diikuti dengan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan. Manakala, Negeri Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan kes Covid-19 paling rendah setakat ini.
Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 16 April 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.