Skim Perlindungan Sosial (SPS) Madani

Skim Perlindungan Sosial (SPS) Madani adalah inisiatif perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2023 yang diselenggarakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS), bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan sasaran. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Mei 2023, dan kelulusannya akan ditentukan berdasarkan keputusan dari PERKESO.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
  2. Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  3. Bekerja di Malaysia di dalam sektor yang dikhususkan seperti yang tersenarai di bawah 4 kategori berikut:

Faedah Skim Perlindungan Sosial (SPS) Madani


Antara faedah daripada perlindungan keselamatan sosial yang diberikan termasuklah:

Cara Memohon

Cara mengemukakan permohonan untuk SPS Madani adalah seperti berikut:
Permohonan untuk SPS Madani boleh dilakukan melalui beberapa saluran, termasuk:

  1. Permohonan secara individu atau melalui agensi boleh dilakukan di Portal Matrix 
  2. Melalui agensi pentadbiran kawal selia masing-masing

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen sokongan berikut untuk proses permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (muka depan dan belakang).
  • Surat perlantikan/pengesahan pekerjaan – untuk petugas madani komuniti/anggota sektor awam (contract for service)/Anggota Sukarelawan/Guru Takmir/Imam/Bilal/Siak/Noja/Merbut tertakluk kepada jenis sektor

Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO. Informasi tambahan mengenai SPS Madani boleh diperoleh dengan melawat pautan ini.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah sebuah program perlindungan yang termasuk dalam Belanjawan 2023. Program ini diselenggarakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan ditujukan untuk menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah.

Matlamt Penubuhan SKSSR

Matlamat utamanya adalah memberikan perlindungan kepada suri rumah dalam situasi kemalangan, penyakit, atau apa-apa kejadiaan insiden semasa melaksanakan urusan berkaitan rumah tangga yang mana menyebabkan kehilangan keupayaan kekal atau keilatan yang menjelaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.

SKSSR juga memiliki tujuan untuk memberikan perlindungan kepada suri rumah yang mengalami penyakit atau keuzuran. Dalam konteks ini, keilatan akibat penyakit atau keuzuran tersebut akan diperakui oleh seorang penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Syarat Kelayakan

Penyertaan adalah secara sukarela bagi mendapatkan perlidungan skim ini tetapi mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Suri rumah warganegara Malaysia/pemastautin tetap yang belum mencapai umur 55 tahun
  2. Bagi penyertaan kali pertama, umur suri rumah hendaklah tidak melebihi 54 tahun
  3. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu (in advance)

Caruman

  1. Jumlah caruman sebanyak RM120 perlu dibayar terlebih dahulu (in advance) untuk tempoh 12 bulan berturut-turut.
  2. Caruman boleh dilakukan oleh suami, suri rumah, keluarga, atau pihak ketiga yang berkaitan dengan si suri rumah.
  3. Jika seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip ‘once in, always in’ akan diterapkan untuk memastikan suri rumah tetap mendapat perlindungan yang berterusan.
  4. Apabila suami tidak mampu meneruskan caruman akibat kehilangan pendapatan atau sebab lain, PERKESO perlu diberitahu dalam tempoh 60 hari sebelum tempoh caruman sedia ada berakhir.

Panduan Pendaftaran

Pendaftaran dan pembayaran SKSSR dapat dilakukan di pejabat PERKESO atau melalui Portal Suri Rumah PERKESO di suri.perkeso.gov.my. Anda juga boleh mengakses laman web rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my atau Imbas kod QR dibawah.

Tatacara pendaftaran dan pembayaran boleh rujuk di sini.

Faedah Perlindungan

Berikut adalah faedah-faedah perlindungan yang disediakan dalam skim ini.

Bagi yang telah mencarum dan ingin membuat tuntutan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter pejabat PERKESO dengan mengisi Borang Tuntutan Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), iaitu Borang SR 6. Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai SKSSR, anda boleh melayari Laman Rasmi SKSSR atau Risalah SKSSR.

SPS Padanan Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS)

Skim Perlindungan Sosial (SPS) Padanan Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS) adalah inisiatif perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2023 yang diselenggarakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Dalam caruman ini, pencarum hanya perlu membayar 20% (RM46.60) daripada jumlah caruman sebanyak RM232.80, mengikut Pelan Caruman 2. Sementara itu, 80% (RM186.20) baki caruman akan ditanggung oleh Kerajaan. Tujuannya adalah memberikan perlindungan selama 12 bulan kepada OBS dengan lebih terjangkau.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
  2. Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  3. OBS yang bekerja di Malaysia.
  4. OBS yang menyertai sektor seperti yang disenaraikan (sila rujuk tab ‘Kelayakan’ di pautan di bawah)

Kumpulan Sasar

Kumpulan Sasar SPS Padanan Caruman ini dikhususkan kepada sebelas kategori seperti berikut:

Faedah SPS Padanan Caruman


Antara kelebihan daripada perlindungan keselamatan sosial yang diberikan termasuklah:

Cara Memohon

Cara mengemukakan permohonan untuk SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

  1. Mengemukakan permohonan dan membuat bayaran secara individu atau melalui agensi di Portal MATRIX: matrix.perkeso.gov.my
  2. Menggunakan aplikasi mobil PERKESO di Google Play Store atau Apple store
  3. Berkunjung ke kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan.
  4. Melibatkan Ejen Korporat PERKESO yang berdaftar.

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen sokongan berikut untuk proses permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (muka depan dan belakang).
  • Surat pengesahan pekerjaan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan, tertakluk kepada jenis sektor.

Pemohon akan menerima notifikasi pengesahan permohonan melalui e-mail dan perlindungan selama 12 bulan akan bermula setelah PERKESO menerima bayaran 20% (RM46.60) daripada jumlah caruman yang perlu dibayar oleh pemohon. Informasi tambahan mengenai SPS Padanan Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS) boleh diperoleh dengan melawat pautan ini.