Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah sebuah program perlindungan yang termasuk dalam Belanjawan 2023. Program ini diselenggarakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan ditujukan untuk menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah.
Matlamt Penubuhan SKSSR
Matlamat utamanya adalah memberikan perlindungan kepada suri rumah dalam situasi kemalangan, penyakit, atau apa-apa kejadiaan insiden semasa melaksanakan urusan berkaitan rumah tangga yang mana menyebabkan kehilangan keupayaan kekal atau keilatan yang menjelaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.
SKSSR juga memiliki tujuan untuk memberikan perlindungan kepada suri rumah yang mengalami penyakit atau keuzuran. Dalam konteks ini, keilatan akibat penyakit atau keuzuran tersebut akan diperakui oleh seorang penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
Syarat Kelayakan
Penyertaan adalah secara sukarela bagi mendapatkan perlidungan skim ini tetapi mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Suri rumah warganegara Malaysia/pemastautin tetap yang belum mencapai umur 55 tahun
- Bagi penyertaan kali pertama, umur suri rumah hendaklah tidak melebihi 54 tahun
- Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu (in advance)
Caruman
- Jumlah caruman sebanyak RM120 perlu dibayar terlebih dahulu (in advance) untuk tempoh 12 bulan berturut-turut.
- Caruman boleh dilakukan oleh suami, suri rumah, keluarga, atau pihak ketiga yang berkaitan dengan si suri rumah.
- Jika seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip ‘once in, always in’ akan diterapkan untuk memastikan suri rumah tetap mendapat perlindungan yang berterusan.
- Apabila suami tidak mampu meneruskan caruman akibat kehilangan pendapatan atau sebab lain, PERKESO perlu diberitahu dalam tempoh 60 hari sebelum tempoh caruman sedia ada berakhir.
Panduan Pendaftaran
Pendaftaran dan pembayaran SKSSR dapat dilakukan di pejabat PERKESO atau melalui Portal Suri Rumah PERKESO di suri.perkeso.gov.my. Anda juga boleh mengakses laman web rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my atau Imbas kod QR dibawah.
Tatacara pendaftaran dan pembayaran boleh rujuk di sini.
Faedah Perlindungan
Berikut adalah faedah-faedah perlindungan yang disediakan dalam skim ini.
Bagi yang telah mencarum dan ingin membuat tuntutan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter pejabat PERKESO dengan mengisi Borang Tuntutan Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), iaitu Borang SR 6. Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai SKSSR, anda boleh melayari Laman Rasmi SKSSR atau Risalah SKSSR.