Permohonan Rumah Selangorku kini boleh dibuat secara atas talian/online dengan percuma yang mana ianya terbuka pada bila-bila masa. Berikut dikongsikan panduan Proses Permohonan Rumah Selangorku untuk rujukan anda semua.
Panduan Permohonan Rumah Selangorku
Layari laman Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Tekan butang Daftar Pengguna Baru bagi mendaftar sebagai pengguna sistem pendaftaran permohonan Hartanah Negeri Selangor.
Selepas mendaftar, Log Masuk sistem tersebut dan tekan butang Mohon pada halaman pengguna.
Pemohon perlu membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
Pemohon harus mengemaskini dan melengkapkan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki.
Muat naik dokumen yang diperlukan semasa proses permohonan.
Sahkan dan tekan butang Hantar Permohonan.
Selesai.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sistem pendaftaran permohonan Hartanah Negeri Selangor.
Rumah Selangorku adalah salah satu skim perumahan dari kerajaan negeri Selangor yang mana ia bertujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga Selangor. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan anda semua.
Syarat – Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon adalah warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan/pendaftaran.
Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di negeri Selangor.
Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.
Proses Permohonan Rumah Selangorku
Anda boleh melayari laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan mendaftar sebagai pengguna.
Pengguna yang berdaftar boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan. Panduan permohonan boleh dirujuk di sini.
Keputusan permohonan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa LPHS.
Anda perlu memuat naik dokumen yang dikehendaki apabila berjaya ditawarkan.
Anda akan menerima surat tawaran dan perlu melaksana proses pinjaman.
Pindah ke kediaman baru pemohon apabila hartanah siap dibangunkan.
Status Permohonan
Status permohonan terbahagi kepada beberapa kategori seperti di bawah:
1. Kategori Draf
Kategori draf merujuk kepada permohonan yang masih belum lengkap sepenuhnya yang mana sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, pendaftaran ini akan terbatal dan permohonan baru perlu dibuat semula.
2. Kategori Senarai Menunggu
Kategori senarai menunggu merujuk kepada permohonan dalam proses untuk ditawarkan rumah namun ianya tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Sekiranya selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran, permohonan baru perlu dibuat semula atau pemohon boleh menukar Lokasi / Projek permohonan.
3. Kategori Layak Ditawarkan
Kategori layak ditawarkan merujuk kepada permohonan lulus ditawarkan Rumah Selangorku yang mana pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon untuk tindakan selanjutnya.
Kategori Rumah Selangorku
Berikut dikongsikan kategori rumah selangorku seperti berikut:
A. Rumah Bertingkat (Apartment)
Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
Type C – Minimum binaan (kps): 800, Harga jualan maksimum (RM): 150,000
Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
Type E- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000 (Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).
B. Rumah Atas Tanah (Rumah Bandar atau Teres)
Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
Type C – Minimum binaan (kps): 1000, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000
Permohonan bagi kategori Type A layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3000 sebulan. Manakala, permohonan bagi kategori Type B, C, D, E adalah layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3,001 – RM10,000 sebulan.