Rumah Selangorku adalah salah satu skim perumahan dari kerajaan negeri Selangor yang mana ia bertujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga Selangor. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan anda semua.
Syarat – Syarat Kelayakan Permohonan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan/pendaftaran.
- Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.
Proses Permohonan Rumah Selangorku
- Anda boleh melayari laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan mendaftar sebagai pengguna.
- Pengguna yang berdaftar boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan. Panduan permohonan boleh dirujuk di sini.
- Keputusan permohonan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa LPHS.
- Anda perlu memuat naik dokumen yang dikehendaki apabila berjaya ditawarkan.
- Anda akan menerima surat tawaran dan perlu melaksana proses pinjaman.
- Pindah ke kediaman baru pemohon apabila hartanah siap dibangunkan.
Status Permohonan
Status permohonan terbahagi kepada beberapa kategori seperti di bawah:
1. Kategori Draf
Kategori draf merujuk kepada permohonan yang masih belum lengkap sepenuhnya yang mana sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, pendaftaran ini akan terbatal dan permohonan baru perlu dibuat semula.
2. Kategori Senarai Menunggu
Kategori senarai menunggu merujuk kepada permohonan dalam proses untuk ditawarkan rumah namun ianya tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Sekiranya selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran, permohonan baru perlu dibuat semula atau pemohon boleh menukar Lokasi / Projek permohonan.
3. Kategori Layak Ditawarkan
Kategori layak ditawarkan merujuk kepada permohonan lulus ditawarkan Rumah Selangorku yang mana pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon untuk tindakan selanjutnya.
Kategori Rumah Selangorku
Berikut dikongsikan kategori rumah selangorku seperti berikut:
A. Rumah Bertingkat (Apartment)
- Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
- Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
- Type C – Minimum binaan (kps): 800, Harga jualan maksimum (RM): 150,000
- Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
- Type E- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000 (Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).
B. Rumah Atas Tanah (Rumah Bandar atau Teres)
- Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
- Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
- Type C – Minimum binaan (kps): 1000, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
- Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000
Permohonan bagi kategori Type A layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3000 sebulan. Manakala, permohonan bagi kategori Type B, C, D, E adalah layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3,001 – RM10,000 sebulan.

Sebarang maklumat penting berkaitan Rumah Selangorku adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari maklumat di halaman Permohonan Rumah Selangorku ataupun melalui laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ditalian +603-5510 2177/ +603-5510 2122 atau emel ke [email protected] / [email protected].