Permohonan Rumah Selangorku

Permohonan Rumah Selangorku kini boleh dibuat secara atas talian/online dengan percuma yang mana ianya terbuka pada bila-bila masa. Berikut dikongsikan panduan Proses Permohonan Rumah Selangorku untuk rujukan anda semua.

Panduan Permohonan Rumah Selangorku

  1. Layari laman Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
  2. Tekan butang Daftar Pengguna Baru bagi mendaftar sebagai pengguna sistem pendaftaran permohonan Hartanah Negeri Selangor.
  3. Selepas mendaftar, Log Masuk sistem tersebut dan tekan butang Mohon pada halaman pengguna.
  4. Pemohon perlu membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  5. Pemohon harus mengemaskini dan melengkapkan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan semasa proses permohonan.
  7. Sahkan dan tekan butang Hantar Permohonan.
  8. Selesai.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sistem pendaftaran permohonan Hartanah Negeri Selangor.

Sumber: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran Rumah Selangorku adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari maklumat di halaman Rumah Selangorku ataupun melalui laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ditalian +603-5510 2177/ +603-5510 2122 atau emel ke [email protected] / [email protected].


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: