Kemaskini dan Permohonan Baru BPR 2021

Kemaskini dan Permohonan Baru BPR 2021 kini boleh dilakukan secara atas talian/online mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Berikut dikongsikan panduan kemaskini dan permohonon baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 untuk rujukan anda semua.

Panduan Kemaskini BPR 2021

Pemohon yang perlu mengemaskini adalah semua pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus. Kemaskini BPR 2021 boleh dilakukan secara atas talian/online melalaui pautan https://bpr.hasil.gov.my/.

Panduan Permohonan Baru BPR 2021

Permohonan baru adalah untuk pemohon yang tidak menerima mana-mana bantuan BSH 2020 ataupun BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah. Berikut dikongsikan saluran permohonan baru BPR 2021 untuk anda semua:

  1. Secara dalam talian melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my
    atau
  2. Pergi terus ke cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR. Masa pembukaan kaunter LHDNM adalah tertakluk kepada perubahan.
Sumber: LHDNM

Senarai Dokumen Sokongan BPR 2021

Senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan baru BPR 2021 adalah sepeti di bawah.

Sumber: LHDNM

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HOTLINE BPR MoF ditalian 03-8882 4565/03-8882 4566 atau HOTLINE BPR LHDNM ditalian 1-800 882 747. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected]. Sebelum membuat Kemaskini dan Permohonan Baru BPR 2021, anda dinasihati untuk membaca syarat-syarat kelayakan permohonan seperti dihalaman Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).