Semakan Permohonan Prasekolah 2021

Semakan permohonan Prasekolah 2021 boleh disemak mulai pada tarikh 5 Ogos 2020. Ibubapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan dengan cara atas talian/online melalui E-Prasekolah atau secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting semakan permohonan kemasukan prasekolah 2021 untuk rujukan ibubapa dan penjaga.

Semakan Permohonan Prasekolah 2021

Bagi ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan kemasukan Prasekolah 2021, keputusan permohonan boleh disemak dengan cara berikut.

a. Semakan Secara Atas Talian

Panduan semakan secara atas talian adalah seperti berikut:

  1. Layari E-Prasekolah.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Long Masuk.
  3. Klik pada butang Semakan > Semakan Permohonan.
  4. Cetak keputusan permohonan bagi tujuan rujukan ibubapa, penjaga dan pihak sekolah.

b. Semakan Melalui Sekolah

Ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan melalui pengisian borang permohonan di sekolah yang dimohon, boleh mendapatkan keputusan permohonan secara walk-in ke sekolah tersebut mulai dari tarikh semakan keputusan permohonan online dibuka.

Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

Rayuan permohonan kemasukan ke prasekolah Tahun 2021 boleh mula dibuat pada 5 Ogos 2020 sehingga 20 Ogos 2020. Rayuan permohonan ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu secara atas talian/online atau secara manual. Rayuan permohonan secara atas talian/online hanya dibuka untuk ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan kemasukan prasekolah sebelum ini secara atas talian/ online. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan rayuan online.

  1. Layari E-Prasekolah.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Long Masuk.
  3. Klik pada butang Semakan > Rayuan Permohonan.
  4. Cetak slip rayuan permohonan bagi tujuan rujukan ibubapa atau penjaga.

Bagi ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan secara manual, rayuan permohonan boleh dibuat di sekolah yang dipohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau  di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW. Keputusan rayuan permohonan ini akan diumukan bermula pada 10 September 2020. Cara menyemakan keputusan rayuan adalah sama seperti semakan keputusan permohonan sebelum ini.

Semakan Permohonan Prasekolah 2021
Semakan Permohonan Prasekolah 2021

Sebarang maklumat penting tentang semakan permohonan Prasekolah 2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke PPD/PPW atau ke JPN.