Panduan Daftar sebagai Penjual di Shopee

Panduan Daftar sebagai Penjual di Shopee adalah sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama yang mana ianya boleh dilakukan secara atas talian. Berikut dikongsikan panduan pendaftaran untuk rujukan anda.

Panduan Daftar sebagai Penjual di Shopee

1.Log Masuk akaun Shopee anda dengan menggunakan ID dan kata laluan anda.

2. Pilih menu Saya (Me) pada bahagian bawah laman akaun shopee anda jika menggunakan telefon pintar.

Panduan Daftar sebagai Penjual di Shopee

3. Tekan butang Mula Menjual (Start Selling) pada bahagian atas kiri di halaman akaun shopee anda.

Panduan Daftar sebagai Penjual di Shopee

4. Muat naik produk yang anda ingin jual bersama maklumat yang diperlukan.

5. Tetapkan maklumat penghantaran pada pilihan Penghantaran Saya (My Shipping).

6. Tetapkan maklumat akaun bank untuk menerima bayaran daripada pelanggan melalui pilihan Tetapan Akaun(Account Setting) > Akaun Bank/Kad (Bank Accounts/Cards). Pilih pilihan bank dan masukkan maklumat bank anda.

6. Tetapkan profil kedai anda pada pilihan Pembantu Penjual (Seller Assistant) dengan maklumat kedai yang diperlukan seperti nama kedai, gambar dan logo, keterangan kedai dan lain-lain.

7. Selesai.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan cara daftar sebagai penjual di Shopee, anda boleh mengemukakan pertanyaan melalui Pusat Bantuan (Help Center) di halaman Shopee menerusi live chat atau email atau menghubungi ditalian 03-2777 9222. Untuk petikan seterusnya, kami menyediakan petikan Permohonan Ganti Rugi Pembelian di Shopee untuk rujukan.