Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2021

Permohonan kemasukan Taska Permata KEMAS 2021 boleh dilakukan pada sekitar bulan Jun hingga Oktober 2020. Permohonan kemasukan ini boleh dibuat secara terus di Taska Permata KEMAS. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan ke Taska Permata KEMAS sesi 2021 bagi rujukan ibubapa dan penjaga.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Sebelum membuat permohonan, ibubapa dan penjaga murid disarankan menyemak syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh pihak KEMAS. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan kemasukan ke Taska Permata KEMAS.

  1. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang didaftarkan mestilah berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  4. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar terus ke Taska Permata KEMAS.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Taska akan mengeluarkan surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang terlibat selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2020.

Panduan Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2021

Panduan permohonan kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Muat Turun Borang Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS 2021 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di mana-mana Taska Permata KEMAS yang berhampiran.
  2. Penuhkan Borang Permohonan Kemasukan yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid serta semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid)
  4. Hantar Borang Permohonan Kemasukan Taska Permata KEMAS beserta dokumen yang diperlukan ke Taska Permata KEMAS yang berhampiran selewat-lewatnya pada sekitar Oktober 2020.

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengemukan permohonan ialah:

  1. Salinan MYKID Kanak-kanak.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  4. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  5. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2021

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.