Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Pendaftaran pemilih pilihanraya adalah bertujuan untuk melayakkan warganegara menyertai proses memilih wakil bagi menyuarakan pendapat mereka sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses pendaftaran pemilih ini. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting pendaftaran pemilih pilihanraya bagi rujukan pemohon.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Sebelum membuat pendaftaran pemilih, pemohon dinasihati untuk membaca dan memahami syarat kelayakan pendaftaran pemilih. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Panduan Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

SPR telah menjalankan dua jenis pendaftaran pemilih iaitu pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat dan pusat mengundi kepada dua jenis pemilih iaitu pemilih biasa dan pengundi tidak hadir. Berikut dikongsikan kaedah pendaftaran pemilih untuk rujukan pemohon.

a. Pemilih Biasa

Untuk pemilih biasa, langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.
  2. Kemukakan kad pengenalan kepada petugas SPR untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  4. Turunkan tandatangan.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan.

b. Pengundi Tidak Hadir

Pendaftaran bagi pengundi tidak hadir adalah dari kalangan ATM yang mana akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Langkah pendaftaran bagi pengundi tidak hadir adalah seperti berikut:

  1. Menghubungi pegawai-pegawai JRP-ATM .
  2. Kemukakan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada pegawai-pegawai JRP-ATM untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  4. Turunkan tandatangan.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran,mRang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Pusat mengundi bagi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  2. Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir.

c. Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

Pendaftaran bagi pengundi tidak hadir dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar negara serta pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Kaedah pendaftaran bagi pengundi tidak hadir (luar negara) adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  2. Kemukakan MyKad atau pasport kepada petugas yang dilantik oleh SPR untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara, pekerjaan dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran.
  4. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  5. Turunkan tandatangan.
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Hanya penjawat awam serta pasangannya dan pelajar serta pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (Luar Negara).
  2. Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) perlu mendaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  3. Status sebagai pengundi tidak hadir (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih membuat pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

Pusat Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Pemohon boleh membuat pendaftaran pemilih di mana-mana kaunter pendaftaran pemilih seperti berikut:

  1. Kaunter Pendaftaran Pemilih, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya
    No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
  2. Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
  3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai.
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila rujuk pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission.
  6. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan.

Selesai membuat pendaftaran pemilih, pemohon boleh menyemak status pendaftaran dan maklumat daftar pemilih dengan merujuk panduan semakan yang telah dikongsikan pada halaman Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya.

Pendaftaran Pemilih Pilihanraya 3

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran Pemilih Pilihanraya adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7018.