Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP

Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP boleh dibuat melalui kiosk/kaunter di mana-mana cawangan KWSP. Ahli KWSP dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan i-Akaun (Ahli) KWSP ini. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran i-Akaun KWSP bagi rujukan ahli KWSP.

Panduan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP

Ahli KWSP boleh membuat pendaftaran i-Akaun di kiosk/kaunter KWSP dengan hanya menggunakan kad pengenalan asal ahli sahaja. Selepas membuat pendaftaran, ahli KWSP akan diberi ID pengguna dan kata laluan sementara melalui sms untuk mengaktifkan i-Akaun mereka. Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari penerimaan sms. Panduan mengaktifkan i-Akaun ahli adalah seperti berikut.

  1. Layari pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Log masuk dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diberi melalui sms.Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP 2
  3. Tandakan Setuju untuk pengesahan mengaktifkan i-Akaun dan klik Seterusnya.Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP 3
  4. Isi semula ID pengguna dan kata laluan baru mengikut keutamaan pemohon. ID pengguna mestilah terdiri daripada 8-16 huruf atau nombor, atau gabungan kedua-duanya. Manakala, kata laluan mestilah terdiri daripada 8-20 aksara gabungan huruf dan nombor.
  5. Pilih imej atas talian/online. Kemudian, masukkan Kata Rahsia dan klik Seterusnya.
    Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP 4
  6. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan.Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP 5

Selepas pengaktifan akaun, ahli KWSP boleh terus mengakses sistem i-Akaun(Ahli) melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun (Ahli) di Telefon

Untuk makluman ahli KWSP, aplikasi i-Akaun(Ahli) kini boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone. Dengan kehadiran aplikasi ini, ahli dapat mengakses akaun KWSP mereka dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat di mana ahli berada. Selain daripada itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun ini. Kemudahan tersebut adalah:

  • Memohon e-Pengeluaran untuk urusan yang dibenarkan seperti pembayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menyemak maklumat penamaan.
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.

Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP 1

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran i-Akaun(Ahli) KWSP adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.