Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC i-muamalat

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC i-muamalat kini boleh dilakukan secara atas talian melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Muamalat, i-muamalat. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC i-muamalat untuk rujukan semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC i-muamalat secara atas talian

Langkah mengemaskini dan penukaran adalah seperti berikut:

  1. Buka laman i-muamalat.
  2. Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
  3. Pilih menu Perkhidmatan Lain-Lain (Other Service).
  4. Pilih bahagian Maklumat Saya (My Data) dan bahagian Kemaskini Nombor Telefon (Update Mobile Number).
  5. Masukkan nombor telefon baru anda dan semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah.
  6. Selesai.

Setelah pengemaskinian / penukaran nombor telefon baru anda berjaya, sila menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan (Customer Care Line) ditalian +60326005500 untuk pengaktifan.

Portal i-muamalat

Kemaskini di Kaunter Bank Muamalat

Sekiranya pengemaskinian atau penukaran nombor telefon anda tidak berjaya atau terdapat permasalahan, anda disarankan untuk mengunjungi cawangan Bank Muamalat yang terdekat untuk tindakan selanjutnya. Sebelum pergi ke cawangan Bank Muamalat berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Bank Muamalat anda, dan kad ATM Bank Muamalat.

Sumber: Metro

Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon TAC i-muamalat adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC i-muamalat, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Bank Muamalat yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi i-muamalat. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB untuk rujukan semua.