Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik

Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik boleh dibuat melalui platform Shopee. Berikut dikongsikan panduan permohonan e-Rebat RM200 untuk rujukan anda semua.

Panduan Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik

  1. Buka aplikasi Shopee melalui peranti telefon atau komputer anda.
  2. Pilih menu Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200 seperti yang tertera.
  3. Tekan butang Daftar Sekarang.
  4. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti Nombor Bil Elektrik, Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh dan lain-lain. Jika anda bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar.
  5. Sahkan permohonan dan tekan butang Hantar.
  6. Selesai.

Status Permohonan e-Rebat RM200

Untuk makluman semua, status permohonan e-Rebat RM200 ini akan dimaklumkan dalam masa 14 hari berkerja dari tarikh permohonan anda. Sekiranya permohonan e-Rebat RM200 anda diluluskan, Baucer RM200 akan dikreditkan ke Shopee Wallet anda.

Sumber: Shopee

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang e-rebat RM200 ini anda boleh pergi ke laman Program SAVE 2.0 atau melayari laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my. dan sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan atau permasalahan, anda boleh menghubungi Pegawai SEDA Malaysia ditalian +603-88705800.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: