Keputusan Penempatan Murid Tingkatan 1 2020

Keputusan penempatan murid Tingkatan 1 2020 ke Sekolah Kawalan Menengah (SKM) seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN), Kelas Aliran Agama (KAA), dan Kelas Rancangan Khas (KRK) boleh mula disemak pada sekitar 14 Disember 2019 bergantung pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting semakan untuk rujukan ibu dan bapa murid.

Semakan Secara Atas Talian / Online

Kaedah semakan keputusan penempatan murid Tingkatan 1 ke Sekolah Kawalan Menengah adalah melalui pautan semakan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Senarai pautan semakan boleh didapati di sini atau melalui pautan yang disediakan di bawah.

  1. Semakan Penempatan Murid di SKM Johor
  2. Semakan Penempatan Murid di SKM Melaka(KRK)
  3. Semakan Penempatan Murid di SKM Melaka (ePerkasa)
  4. Semakan Penempatan Murid di SKM Pahang (SMKA)
  5. Semakan Penempatan Murid di SKM Pahang (SPSMA)
  6. Semakan Penempatan Murid di SKM Terengganu
  7. Semakan Penempatan Murid di SKM Kelantan
  8. Semakan Penempatan Murid di SKM Negeri Sembilan
  9. Semakan Penempatan Murid di SKM Perak
  10. Semakan Penempatan Murid di SKM Perlis (SMKA)
  11. Semakan Penempatan Murid di SKM Sabah
  12. Semakan Penempatan Murid di SKM Sarawak
  13. Semakan Penempatan Murid di SKM Selangor (SMKA & KAA)
  14. Semakan Penempatan Murid di SKM Selangor (SAM & SAMT)
  15. Semakan Penempatan Murid di SKM Wilayah Persekutuan (SMA-MAWIP, SMISTA)
  16. Semakan Penempatan Murid di SKM Kedah

Panduan Semakan Keputusan Penempatan Tingkatan 1 2020

Sebelum membuat semakan keputusan penempatan Tingkatan 1, ibu dan bapa perlu menyediakan maklumat penting yang berkaitan seperti Nombor Angka Giliran UPSR dan Nombor Kad Pengenalan pelajar bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan proses semakan ini. Juga untuk mengelakkan berlakunya trafik yang tinggi semasa semakan.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang keputusan penempatan murid Tingkatan 1 2020 ke SKM, ibu dan bapa disaran untuk melayari portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri atau pergi terus ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: