Kadar Dividen ASB dan Bonus 2019

Kadar dividen ASB dan bonus 2019 bagi pembayaran tahun 2020 telah pun diumumkan pada 18 Disember ini oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) syarikat unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Di sini kami menyediakan maklumat dividen ASB dan bonus 2019 bersama panduan pengiraan sebagai rujukan anda.

Kadar Dividen ASB dan Bonus 2019

Pembayaran pengagihan adalah sebanyak 5.50 sen seunit untuk dana ASB, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, yang merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit. Turut dikongsikan pengagihan pendapatan dividen ASB dan bonus bagi tahun-tahun sebelum ini untuk rujukan anda.

Panduan Pengiraan Dividen ASB dan Bonus 2019

Pengiraan pembayaran adalah berdasarkan kadar dividen ASB dan bonus 2019 yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit. Berikut dikongsikan maklumat penting pengiraan bagi rujukan anda.

  1. Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah bagi setiap bulan yang ditentukan diantara 1 hari bulan sehingga hujung bulan.
  2. BMB bagi setiap bulan perlu ditentukan dahulu bermula Januari 2019 sehingga Disember 2019 iaitu sebanyak 12 bulan.
  3. BMB bagi setiap bulan akan dijumlahkan kesemuanya untuk mendapatkan Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan.

Pengiraan pembayaran dividen ASB dan bonus bagi tahun 2019 adalah berdasarkan formula yang ditetapkan seperti berikut:

Contoh Pengiraan Pembayaran bagi yang mempunyai ASBF

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Jika Adam mempunyai ASBF 170,000 maka jumlah Dividen ASB 2019 beliau ialah

= ASBF x Dividen
= 170,000 × 5.0%
= RM8,500

Dan jumlah bonus adalah

= ASBF x Bonus
= 170,000 × 0.5%
= RM850

Maka secara tak langsung, sejumlah RM9,350 akan dikredit kedalam Akaun ASB Adam.

Di sini juga dikongsikan maklumat am / soalan lazim berkaitan pengagihan dividen ASB dan bonus 2019 bagi rujukan anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kadar dividen ASB dan bonus, pengguna disaran untuk melayari laman web rasmi ASNB melalui pautan ini http://www.asnb.com.my.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: