Semakan permohonan SBP 2022 bagi kemasukan ke Tingkatan 1 boleh mula disemak pada sekitar pertengahan bulan Disember 2021 iaitu selepas keputusan UPSR 2021 diumumkan dan selepas tamat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Manakala keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP 2022 boleh disemak pada sekitar bulan Januari 2022 yang mana selepas keputusan PT3 keluar. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting semakan keputusan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tahun 2022 untuk rujukan pelajar dan ibubapa / penjaga.
Semakan Permohonan SBP 2022
Semakan keputusan permohonan adalah secara atas talian/online melalui pautan yang disediakan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut dikongsikan pautan semakan bagi rujukan anda.
Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1
Keputusan permohonan ini boleh disemak melalui pautan berikut https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/ dengan menggunakan Nombor Angka Giliran UPSR pelajar. Cetak surat tawaran sekiranya status permohonan pelajar adalah berjaya. Surat tawaran tersebut mestilah dibawa bersama lampiran yang diperlukan semasa hari pendaftaran di SBP. Sekiranya, pelajar tidak membawa dokumen yang lengkap semasa hari pendaftaran, pihak SBP berhak menarik balik tawaran tersebut.
Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 4
Keputusan permohonan Sekolah Berasrama Penuh bagi Tingkatan 4 pula boleh disemak pada pautan ini https://sst4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/ dengan menggunakan Nombor Angka Giliran PBS pelajar. Cetak surat tawaran sekiranya status permohonan pelajar adalah berjaya. Surat tawaran tersebut mestilah dibawa bersama lampiran yang diperlukan semasa hari pendaftaran di SBP. Sekiranya, pelajar tidak membawa dokumen yang lengkap semasa hari pendaftaran, pihak SBP berhak menarik balik tawaran tersebut.
Keputusan Permohonan Tidak Berjaya
Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat rayuan melalui e-Rayuan pada tarikh sama semakan keputusan permohonan dikeluarkan. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di sini.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan semakan permohonan ke SBP bagi Tahun 2021, pelajar adalah dinasihati untuk melayari laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diaplikasi e-perkhidmatan berkala melalui pautan https://www.moe.gov.my/.