Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB kini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin ATM Bank Islam atau pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Bank Islam IB untuk rujukan semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB di ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Bank Islam terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Bank Islam anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu Online Banking.
  4. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah.
  5. Selesai.
  6. Dapatkan resit / slip menyatakan kemaskini anda berjaya.

Langkah seterusnya adalah:

  1. Buka laman Bank Islam IB.
  2. Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
  3. Pilih menu Setting.
  4. Pilih bahagian Penyelenggaraan Nombor Telefon (Maintenance Mobile Number)
  5. Masukkan nombor telefon baru anda dan tekan butang Hantar (Submit).
  6. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan butang Sahkan (Confirm).
  7. Kod pengesahan untuk proses penukaran nombor telefon anda akan dihantar pada nombor telefon lama anda.
  8. Masukkan kod pengesahan yang diterima dan tekan butang Sahkan (Confirm).
  9. Selesai.
Portal Rasmi Bank Islam IB

Kemaskini di Kaunter Bank Islam

Sebelum pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Bank Islam anda, dan kad ATM Bank Islam. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai Bank Islam bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Bank Islam IB.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon Bank Islam IB adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Bank Islam IB, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Bank Islam yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Bank Islam IB. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u untuk rujukan semua.



Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: